awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam kolam takungan

Bernama
Bernama
31/12/2024
10:10 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam kolam takungan
Hasil pemeriksaan pegawai penyiasat mendapati tubuh badan mangsa telah menggelembung dan berair serta tiada pengenalan diri ditemukan. -Gambar hiasan
SEREMBAN: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di dalam sebuah kolam takungan air berdekatan sebuah hotel di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di dalam kolam takungan air berdekatan sebuah hotel di Seremban.
  • Ketua Polis Daerah Seremban menyatakan mayat tersebut ditemukan oleh orang awam sekitar pukul 10.50 pagi dan telah meninggal dunia lebih 24 jam.
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan melihat mayat terapung di dalam kolam takungan air terbabit kira-kira pukul 10.50 pagi.
"Hasil pemeriksaan pegawai penyiasat mendapati tubuh badan mangsa telah menggelembung dan berair serta tiada pengenalan diri ditemukan.
"Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Ja'afar mengesahkan mangsa dianggarkan telah meninggal dunia lebih 24 jam.
"Setakat ini kes tidak menjurus kepada unsur-unsur jenayah sehingga bedah siasat selesai dilakukan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Adi Khusaini Saripudin menerusi talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kolam takungan air
#hotel di Seremban
#mayat lelaki tanpa identiti
#Hospital Tuanku Ja'afar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan