awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sg Bidut

Bernama
Bernama
14/09/2022
11:31 MYT
Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sg Bidut
Bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan punca kematian dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut.- Gambar hiasan
SIBU: Mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditemukan oleh orang ramai di tepi Jalan Tanjung Maling, Sungai Bidut di sini, hari ini.
Pemeriksaan awal pihak polis, yang menerima maklumat tersebut pada 9.24 pagi, mendapati lelaki itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG pada kedua-dua lengannya.
"Tiada kesan kecederaan luaran di tubuh si mati serta tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian setakat ini," kata Ketua Polis Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan punca kematian dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut.
Beliau meminta mana-mana saksi, individu, waris atau majikan yang mempunyai maklumat berhubung penemuan itu atau kehilangan ahli keluarga atau pekerja, untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Binsin Lunjong di talian 017-8025675.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#Sungai Bidut
#Sibu
#polis Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan