awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mayat nelayan hilang ditemukan lemas, badan melecur hampir keseluruhan

Bernama
Bernama
17/06/2025
14:41 MYT
Mayat nelayan hilang ditemukan lemas, badan melecur hampir keseluruhan
Mohd Hairil berkata, mayat mangsa, Cheah Cahi Pun ditemukan kira-kira 4.8 batu nautika dari barat Tanjung Piandang oleh seorang nelayan tempatan. - Gambar Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kurau
IPOH: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbakar semalam, ditemukan lemas dengan kesan melecur hampir menyeluruh pada badan di perairan Tanjung Piandang, dekat Kuala Kurau, pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, mayat mangsa, Cheah Cahi Pun, 33, ditemukan kira-kira 4.8 batu nautika dari barat Tanjung Piandang oleh seorang nelayan tempatan.
Menurutnya pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada pukul 8 pagi sebelum mengatur gerak pasukan ke lokasi kejadian.
"Mayat ditemukan dalam keadaan terapung dan mempunyai kesan melecur hampir keseluruhan badan.
"Mayat kemudiannya dibawa ke jeti Tanjung Piandang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan aset Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta komuniti nelayan tempatan, ditamatkan secara rasmi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi semalam, sebuah bot yang dinaiki tiga nelayan terbakar dipercayai berpunca daripada bahagian enjin ketika berada kira-kira 8.6 batu nautika dari timur Tanjung Piandang.
Ketiga-tiga kru sempat terjun ke laut bagi menyelamatkan diri, namun hanya dua berjaya diselamatkan manakala Cheah dilaporkan hilang dan kemudiannya ditemukan lemas hari ini.
Sementara itu, Mohd Hairil turut mengingatkan komuniti nelayan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan termasuk memakai jaket keselamatan ketika berada di laut.
"Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999, WhatsApp ke 011-3525 9919 atau terus ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-727 9919," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SAR
#Maritim Malaysia
#JBPM
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami