Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan separuh reput dalam sebuah kenderaan di Santubong dekat sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika mengesahkan penemuan mayat berkenaan berkata, pihak polis menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada anggota awam pada kira-kira jam 8 pagi.
Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Santubong telah membuat siasatan dan menemui sebuah kereta jenis Proton Saga di tepi jalan menuju ke Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak, Santubong.
“Siasatan mendapati kenderaan terbabit dalam keadaan berkunci dan polis kemudiannya mendapati terdapat dua mayat, seorang lelaki dan wanita dalam keadaan 20 peratus reput," kata Roslan.
Roslan berkata polis mengenal pasti identiti mayat sebagai Aziz Mohamad Basiron, 30, dari Kampung Semilang, Kuching; dan Sharipah Aini Wan Mohamad, 27, dari Kampung Hilir, Beladin, Pusa.
Pasangan terbabit disahkan suami-isteri oleh kakak kepada mangsa wanita itu.
"Mayat lelaki ditemui di tempat duduk pemandu sementara mayat wanita ditemui dalam keadaan berbaring di tempat duduk penumpang di sebelah hadapan," jelas Roslan.
Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan pada kedua mayat, tiada kehilangan harta benda dan tiada tanda kerosakan pada kenderaan tersebut.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat itu diperolehi,” kata Roslan.
Bernama
Sat Dec 13 2014
Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan separuh reput dalam sebuah kenderaan di Santubong dekat sini pagi ini. -Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Mayat pasangan suami isteri ditemui dalam kereta di tepi jalan
Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan separuh reput dalam sebuah kenderaan di Santubong dekat sini pagi ini.