awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pekerja bot tunda hilang selepas dipercayai terjatuh ditemukan

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
29/08/2022
11:31 MYT
Mayat pekerja bot tunda hilang selepas dipercayai terjatuh ditemukan
Mayat mangsa ditemukan terapung berhampiran Jeti Kelapa Right Base, Jalan Minyak Beku, iaitu sekitar 400 meter daripada lokasi bot tunda mangsa. - Foto PDRM
BATU PAHAT: Mayat seorang pekerja bot tunda yang hilang sejak semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Jeti Batu Tiga, di sini, ditemukan pada 12.45 tengah hari, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Mohd Razali Abd Halim, 24, ditemukan terapung berhampiran Jeti Kelapa Right Base, Jalan Minyak Beku, di sini, iaitu sekitar 400 meter daripada lokasi bot tunda mangsa.
"Kehilangan mangsa disedari oleh rakan sekerja yang tinggal di atas bot berkenaan sejak 6.00 pagi, semalam (Ahad) dan mereka berusaha sendiri mencari mangsa sehinggalah jam 7.00 petang.
"Mangsa gagal dijumpai dan kemudiannya barulah mereka membuat laporan polis. Susulan itu, usaha mencari segera dijalankan oleh pihak polis dan pekerja-pekerja bot di sekitar perairan berkenaan
"Walau bagaimanapun telah dihentikan kerana waktu malam sebelum disambung pagi ini (Isnin) dan mayat mangsa berjaya ditemukan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Jelas Ismail lagu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanan Nora Ismail untuk dibedah siasat dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut.
Topic Berkaitan
#lelaki jatuh jeti
#mayat pekerja bot tunda
#Jeti Batu Tiga
#Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan