awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat penuntut UIAM lemas ditemukan

Bernama
Bernama
25/02/2018
04:37 MYT
Mayat penuntut UIAM lemas ditemukan
Empat rakan mangsa turut difahamkan hampir lemas di Air Terjun Lata Hammer Bentong, tetapi berjaya diselamatkan oleh orang awam. - Gambar hiasan
Mayat penuntut undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Gombak yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lata Hammer Bentong dekat sini semalam, ditemukan pada 10 pagi ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata mayat Mohd Faizal Yusri, 23, dijumpai kira-kira lima meter dari tempat dia kali terakhir dilihat.
"Mayat mangsa ditemukan pasukan menyelam bomba pada kedalaman 12 kaki selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Faizal yang berasal dari Pendang, Kedah dipercayai lemas setelah dihanyutkan arus deras pada 11.30 pagi semalam, semasa beriadah di air terjun itu bersama-sama lapan rakannya.
Mohd Sani berkata empat rakan mangsa turut difahamkan hampir lemas, bagaimanapun sempat diselamatkan oleh orang awam di situ.
Operasi SAR terpaksa dihentikan pada 6 petang semalam kerana bimbang berlaku kejadian kepala air disebabkan hujan di kawasan bukit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air terjun
#Air Terjun Lata Hammer
#Bentong
#lemas
#mangsa
#mayat
#Mohd Faizal Yusri
#Mohd Sani Harul
#Pahang
#pelajar
#UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan