Polis menemui satu mayat yang dibalut dengan karpet, dipercayai lelaki, di lereng bukit kawasan hutan berdekatan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Lah, Chenderiang, di sini, pada Selasa.
Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu, dijumpai selepas polis menerima maklumat orang awam mengenai bau busuk dari kawasan berkenaan, kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemeriksaan mendapati keadaan mayat yang masih berpakaian itu hampir reput dan dibalut dengan karpet berwarna merah.
Menurutnya, bahagian kepala mayat itu hanya tinggal tengkorak manakala bahagian badan pula masih berisi, namun telah berulat.
“Mayat itu disyaki lelaki, dianggarkan berumur dalam lingkungan 20 ke 30 tahun tetapi tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat atau kawasan sekitar,” katanya di sini pada Rabu.
Menurut Wan Azharuddin, mayat dijumpai di kawasan hutan kebun sawit yang tidak diusahakan yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama.
Tambahnya, tiada sebarang penempatan atau rumah kongsi di kawasan sekitar.
“Jalan ke tempat di mana mayat dijumpai juga hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki kerana keadaan laluan yang berbukit,” ujarnya.
Mayat dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat yang dijadualkan pada Khamis.
Abd Razak Mohd Ali
Wed May 01 2019

Menurut polis, bahagian kepala mayat itu hanya tinggal tengkorak manakala bahagian badan pula masih berisi, namun telah berulat.

Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Tatau ditemukan putus tangan, patah kaki
Seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di sungai di Kampung Hilir, Tatau ditemui tidak brnyawa pada tengah malam Selasa.

EPL: Arteta jangka gol berganda tingkat keyakinan Aubameyang
Aubameyang menjaringkan gol dalam pertemuan keempat berturut-turut dengan Newcastle dalam kesemua kejohanan selepas turut menjaringkan gol pembukaan dalam kedua-dua pertemuan EPL musim lalu.

AWANI Pagi: Survival artis muda saat pandemik dan PKP
Antara artis muda yang menggunakan platform media sosial untuk kekal relevan adn terus menghiburkan para peminat mereka. Untuk bercerita berkenaan survival artis muda saat pandemik dan PKP kita bersama dua penyanyi muda, Aina Abdul dan Naim Daniel.

Sasaran Liverpool makin tersasar
Liverpool sudah seakan-akan kehilangan bisa mereka sejak waktu Krismas dan kini sekadar menduduki tangga keempat liga selepas seri 0-0 dengan Manchester United awal pagi tadi.

AWANI Ringkas: PERMAI: Reaksi pakar ekonomi | Bayaran I-Sinar Kategori Dua mulai 26 Januari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

COVID-19: Seorang pesakit ditahan di wad setiap 30 saat di UK
Hancock berkata, lebih 4.06 juta rakyatnya sudah menerima suntikan vaksin, termasuk lebih separuh penduduk berusia 80 tahun ke atas.

AWANI Ringkas: Tidak adil dalam pemilikan vaksin - WHO | Messi digantung 12 perlawanan?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Lelaki meninggal dunia ketika aktiviti berbasikal
Kira-kira jam 5.50 petang, pengadu yang juga adik si mati mendapati abangnya telah terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [19 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [19 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927605051611015617311/1886191_36721285171611015745799_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [19 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.

Ahmad Faizal kemuka beberapa nama ADUN Bersatu untuk jawatan Exco Perak
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.

"Bila di kubur, malaikat tak tanya saya Menteri Besar atau tidak" - Faizal Azumu
Faizal Azumu nasihat ahli politik supaya beringat kerana kepentingan rakyat sentiasa perlu diutamakan.

Rasa ingin merajuk tapi pemimpin perlu berjiwa besar, utamakan rakyat - Faizal Azumu
Ahmad Faizal mengakui jika diikutkan perasaan, timbul rasa ingin merajuk selepas melihat majoriti ADUN Perak tidak lagi menyokong beliau.

"I miss you guys sometimes actually, seriously" - Ahmad Faizal
Ucapan terakhir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menarik perhatian ramai.

Enam termasuk lima beradik didakwa edar dadah 37.2kg di Tapah
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bagi mencapai niat bersama mengedar methamphetamine seberat 37.2kg di Lot 11878, Mukim Chenderiang pada jam 9.15 pagi, 4 November lalu.

Faizal Azumu mulakan tugas sebagai Menteri Besar Perak ke-13
Beliau tiba di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 8.30 pagi.

Faizal Azumu angkat sumpah MB Perak ke-13
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di Istana Iskandariah pada jam 3.45 petang tadi.

Mayat reput ditemui dalam gulungan karpet merah
Polis menemui satu mayat yang dibalut dengan karpet, dipercayai lelaki, di lereng bukit kawasan hutan berdekatan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Lah.

Ahmad Faizal Azumu angkat sumpah Menteri Besar Perak
Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar sekitar jam 6 petang tadi.

Protes senyap di kerusi Parlimen Tanjung Malim
Protes dalaman secara senyap kini berlaku di Tanjung Malim lantaran penyandang bagi kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN).