KUANTAN: Mayat seorang daripada dua sekeluarga yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Pahang semalam, ditemukan di dasar sungai itu pagi ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata mayat Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, ditemukan pada 10.33 pagi oleh Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
"Mayat mangsa ditemukan di dalam sungai kira-kira 35 meter dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dalam kejadian di Kampung Loyang di Sanggang, Temerloh kira-kira 141 kilometer dari sini, Mohammad Naufal Farhan dikatakan dihanyutkan arus ketika mandi, sebelum bapa saudaranya Mohd Hakim Faqih Norazmi,16, menyedari kejadian itu dan cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut namun dia juga dihanyutkan arus.
Kedua-dua mangsa difahamkan ke sungai itu bersama-sama tiga lagi anggota keluarga pada kira-kira 4.15 petang semalam untuk mandi.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang Ismail Abdul Ghani berkata operasi mencari dan menyelamat Mohd Hakim Faqih diteruskan pagi ini dengan kawasan pencarian meliputi dua kilometer dari lokasi kejadian.
Operasi yang ditangguhkan pada 7.30 malam semalam bersambung pada 8 pagi tadi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dan dibantu PPDA Bukit Angin, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
Kedua-dua mangsa difahamkan ke sungai itu bersama-sama tiga lagi anggota keluarga pada kira-kira 4.15 petang semalam untuk mandi. - Gambar hiasan
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Mayat lelaki hilang ditemui di Sungai Pahang
Mayat Mahadir Abd Hamid, 49, ditemui kira-kira jam 8 malam di kawasan Pulau Che Abas, Kampung Pulau Jawa.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Santai berbuka puasa tepi Sungai Pahang
Lokasi berkenaan yang berhampiran Bazar Ramadan Lurah Semantan memberikan kemudahan untuk pengunjung mendapatkan menu kegemaran.
Ekspedisi mudik Sungai Pahang, Tengku Hassanal lakar sejarah Keluarga DiRaja Pahang
Ia melakar sejarah bagi Keluarga Diraja di Pahang akan kegemilangan Sungai Pahang sebagai pengangkutan utama sejak zaman dahulu.
Buru 'harta karun' di Sungai Pahang
Catatan sejarah pernah merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.
Mayat mangsa lemas di Sungai Pahang ditemukan
Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung pada jarak 900 meter dari lokasi kejadian di Pulau Kening.
Ikan baung ekor merah agresif, ancam habitat sungai tempatan
Ikan baung ekor merah atau Baung Mekong' ini mula dikesan di sungai-sungai di Pahang sejak 5 tahun lalu.
Pengusaha ikan sangkar kerugian akibat sungai cetek
Mereka tidak dapat menternak ikan sepenuhnya dan kira-kira separuh dari jumlah sangkar itu ada yang rosak dan tersadai di tebing sungai.
Banjir: Hilang RM66,000 sekelip mata, 6,000 ekor ikan Patin mati di Sungai Pahang
Dugaan yang dihadapinya apabila 6,000 ekor ikan Patin sangkar belaannya mati akibat air kotor yang dibawa ke Sungai Pahang.