awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat seorang lelaki ditemukan di Sungai Kiabau, Telupid

Bernama
Bernama
09/09/2019
15:36 MYT
Mayat seorang lelaki ditemukan di Sungai Kiabau, Telupid
Mangsa yang dipercayai tidak pandai berenang, telah dibawa oleh arus deras sungai sehingga mengkibatkan mati lemas. - Gambar fail
Mayat seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditemukan di tepi Sungai Kiabau, Telupid dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 50-an itu dalam keadaan tertiarap di tepi sungai pada jam 1.15 petang.
"Mangsa berpakaian lengkap berbaju kemeja T dan memakai seluar panjang. Siasatan di lokasi mempercayai mangsa telah lemas dibawa oleh arus sungai.
"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan dan mempercayai tiada sebarang unsur-unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Kasim berkata mangsa yang dipercayai tidak pandai berenang, telah dibawa oleh arus deras sungai sehingga mengkibatkan mati lemas.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Dutches of Kent, Sandakan untuk bedah siasat.
Sehubungan itu, Kasim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau kejadian membabitkan mangsa menghubungi 'hotline' Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Dutches of Kent
#mayat
#Polis Daerah Beluran
#Sungai Kiabau
#Telupid
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan