awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat seorang mangsa lemas di Pantai Penunjuk Kijal ditemukan terapung

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2022
11:10 MYT
Mayat seorang mangsa lemas di Pantai Penunjuk Kijal ditemukan terapung
Mayat ditemukan sekumpulan pemancing pada jarak kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman, sekitar jam 2.10 petang tadi. - Foto Astro AWANI
KEMAMAN: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di sini ditemukan terapung pada Jumaat.
Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, ditemukan sekumpulan pemancing pada jarak kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman, sekitar jam 2.10 petang tadi.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata sejurus menerima maklumat sebuah bot Penggalang 17 digerakkan ke lokasi penemuan.
Katanya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Kemaman dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Rashidilhadi berkata, pihaknya mengingatkan komuniti maritim dan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati ketika beriadah di kawasan pantai dan peka kepada perubahan cuaca.
Lemas | Hilang selepas mandi laut di awal pagi
Pada awal pagi Jumaat Ahmad Qarib bersama isterinya, Rokiah Abd Rahman, 59, dilaporkan hilang dan dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk, Kijal.
Pasangan yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dikatakan turun ke pantai berkenaan kira-kira jam 4.00 pagi untuk mandi.
Sementara itu, usaha mengesan seorang lagi mangsa masih giat dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#lemas
#Pantai Penunjuk
#Kijal
#Kemaman
#mandi pantai
#maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan