awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tidak berpakaian ditemui terapung di Langkawi

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
19/06/2019
04:28 MYT
Mayat tidak berpakaian ditemui terapung di Langkawi
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga digesa menghubungi Pusat Operasi Maritim Langkawi. - Foto ihsan APMM
Mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identiti ditemui terapung di kawasan perairan Pulau Bumbum Besar, Langkawi pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seorang nelayan yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan tersebut menyedari kewujudan satu objek terapung di atas permukaan air sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Said, sebuah bot maritim telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja laporan diterima.
Jelasnya, setibanya di lokasi, anggotanya menemui mayat yang tidak berpakaian terapung dan pihaknya mengambil tindakan untuk membawa mayat tersebut ke Jeti Maritim Bukit Malut sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Tambah Rozali, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada orang awam terutama di sekitar Langkawi berkenaan kes kehilangan ahli keluarga.
Beliau menasihati orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Langkawi.
Topic Berkaitan
#APMM
#maritim
#mayat
#nelayan
#Rozali Said
#terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan