awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warga asing ditemui selepas dua hari terjatuh bot

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/07/2021
08:58 MYT
Mayat warga asing ditemui selepas dua hari terjatuh bot
Mangsa berusia 48 tahun itu ditemui jam 11.18 pagi oleh pasukan bomba melalui operasi mencari dan menyelamat (SAR). - Foto ihsan JBPM
HUTAN MELINTANG: Mayat seorang lelaki warga Thailand yang dikatakan terjatuh dari bot dua hari lalu ditemui hari ini.
Mangsa berusia 48 tahun itu ditemui jam 11.18 pagi oleh pasukan bomba melalui operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mayat mangsa ditemui terapung di celah pokok.
“Mangsa dibawa ke jeti awam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pada Khamis lalu, JBPM Perak menerima maklumat mengenai seorang lelaki warga Thailand terjatuh dari bot di pelantar ikan swasta di Jalan Tepi Sungai, di sini, kira-kira jam 9.50 malam.
Ekoran daripada itu, bomba melakukan pencarian di permukaan sekitar lapan kilometer radius dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Operasi SAR turut disertai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit K9 (Unit Anjing) JBPM.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Abdullah ditamatkan jam 1.35 petang.
Topic Berkaitan
#mayat warga asing
#terjatuh bot
#warga Thailand
#bomba
#JBPM Perak
#Jalan Tepi Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan