awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat warga emas ditemukan di kebun sawit di Batu Pahat

Bernama
Bernama
05/09/2024
14:55 MYT
Mayat warga emas ditemukan di kebun sawit di Batu Pahat
Polis berkata mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan dikerumuni lalat oleh pemilik kebun pada 12.35 tengah hari.
JOHOR BAHRU: Kehilangan seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun sejak seminggu lepas akhirnya terjawab selepas ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun sawit Taman Sri Wangi, Yong Peng dekat Batu Pahat semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan dikerumuni lalat oleh pemilik kebun lelaki tempatan berusia 49 tahun pada 12.35 tengah hari.
Beliau berkata mangsa warga tempatan dikenali sebagai Kasnon Sabari berdasarkan dokumen diri, pakaian, barangan peribadi dan motosikal milik mangsa yang dijumpai di tempat kejadian serta pengecaman keluarga.
"Mangsa dipercayai telah meninggal dunia tidak kurang dari empat hari lepas. Setakat ini, tidak dijumpai sebarang tanda-tanda meragukan atau apa-apa kesan yang berkemungkinan berunsurkan pelakuan jenayah pada mana-mana bahagian badan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa merupakan orang hilang berdasarkan laporan polis yang dibuat anak saudara mangsa di Balai Polis Rengit pada 30 Ogos lepas.
Shahrulanuar Mushaddat berkata laporan berkenaan dibuat selepas mangsa didapati keluar dan tidak pulang ke rumah di Kampung Sungai Kluang, Rengit sejak 28 Ogos lepas.
Sementara itu, katanya setakat ini, hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat tidak dapat mengesahkan punca kematian mangsa secara perubatan berikutan keadaan fizikal mayat yang telah mereput.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#mayat ditemukan
#Taman Sri Wangi
#Polis Daerah Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan