awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak

Bernama
Bernama
31/01/2025
21:30 MYT
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Maybank turut menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Maybank mengulangi komitmennya untuk membantu individu yang terjejas serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui program Bantuan Kewangan Banjir berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda Sarawak dan Sabah baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, bank itu berkata, bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
"Bantuan Kewangan Banjir Maybank direka untuk menangani cabaran yang dihadapi mangsa banjir termasuk, antara lain, penangguhan pembiayaan/pembayaran balik pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik," katanya.
Selain itu, Maybank berkata, ia turut menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.
Ia berkata, pelanggan boleh memohon bantuan melalui e-mel kepada [email protected] , atau melawati atau menghubungi mana-mana cawangan, pusat perbankan komersial atau pusat kewangan auto di seluruh negara.
"Bagi pelanggan PKS, mereka digalakkan untuk menghubungi pengurus perhubungan mereka bagi mendapatkan bantuan," katanya.
Sementara itu, ia berkata, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takafulnya, tanpa borang atau dokumen sokongan yang diperlukan.
Pelanggan boleh melayari www.maybank2u.com.my atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 untuk Bantuan Kewangan Banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#Sabah dan Sarawak
#banjir
#bantuan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan