awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank lantik Ketua Pegawai Operasi Kumpulan baharu, selaras semula operasi seiring strategi M25

Bernama
Bernama
07/03/2023
12:47 MYT
Maybank lantik Ketua Pegawai Operasi Kumpulan baharu, selaras semula operasi seiring strategi M25
Bank itu berkata, Lau akan melapor kepada Presiden kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Khairussaleh Ramli. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kumpulan Maybank telah melantik Alan Lau Chee Kheong sebagai Ketua Pegawai Operasi kumpulan, berkuat kuasa 1 April 2023.
Bank itu berkata, Lau akan melapor kepada Presiden kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Khairussaleh Ramli.
"Lau kini merupakan ketua pegawai pematuhan kumpulan dan dalam peranan baharunya, beliau dijangka menyelia pengindustrian menyeluruh bagi fungsi operasi transaksi seperti perdagangan, kredit dan perbendaharaan, dengan tumpuan dalam pengalaman dan interaksi pelanggan yang menyokong Program Strategik utama dalam matlamat M25+," kata Kumpulan Maybank, dalam satu kenyataan hari ini.
Bank itu berkata bahawa sejajar dengan matlamat strategik M25+nya untuk mengukuhkan kedudukan Maybank di luar Malaysia, dan menyelaraskan semula penyelesaian perniagaan dan produknya, Maybank juga menjajarkan semula operasi luar negaranya di bawah Maybank International untuk membolehkan pelaksanaan strategi yang lebih berkesan dan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alan Lau Chee Keong
#Kumpulan Maybank lantik CEO Kumpulan baharu
#Khairussaleh Ramli
#Program Strategik utama dalam matlamat M25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan