awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank peruntuk RM6.5 juta sumbang komputer riba kepada pelajar B40

Najib Aroff
Najib Aroff
06/08/2021
06:29 MYT
Maybank peruntuk RM6.5 juta sumbang komputer riba kepada pelajar B40
Penerima di bawah program ini dikenal pasti dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Maybank memperuntukkan RM6.5 juta bagi menyediakan komputer riba dan pelan data kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40, untuk menyokong pembelajaran dalam talian.
Dalam satu kenyataan, Maybank berkata, inisiatif itu dijalankan bersama CERDIK, satu inisiatif tanggungjawab korporat yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 bagi memanfaatkan 3,200 pelajar di lebih 30 buah sekolah seluruh negara.
“Pandemik COVID-19 telah menimbulkan pelbagai cabaran terhadap masyarakat dan norma hidup di negara kita dan secara global.
“Selain memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan sosial, sekolah juga ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan pembelajaran kelas formal dihentikan untuk 4.9 juta pelajar sekolah di seluruh negara.
“Pelajar dari keluarga B40 tidak mempunyai peranti dan akses dalam talian yang betul termasuk pelan data, mengakibatkan banyak daripada mereka tidak dapat mengikuti kelas dalam talian yang dianjurkan oleh guru mereka,” kata Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.
Di bawah program Maybank-CERDIK, pelajar terlibat menerima seunit Laptop DELL Latitude 3310 bersama dengan ‘dongle’ dan langganan pelan data 12 bulan.
Zamzamzairani juga menegaskan bahawa program ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang layak di luar bandar dan di bandar.
“Kami menyedari keperluan kritikal untuk meningkatkan akses pendidikan digital untuk pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik terutamanya dari lokasi luar bandar.
“Dengan komputer riba baharu yang disokong oleh pelan data, mereka juga boleh menjadi sebahagian daripada inisiatif transformatif ini yang mendukung misi kami untuk Menginsankan Perkhidmatan Kewangan.” Katanya.
Tambahnya, penerima di bawah program ini dikenal pasti dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#COVID-19
#PKP
#Maybank
#PdPR
#KPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan