awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mazlan serah tugas Timbalan Ketua Polis Negara kepada Razarudin

Bernama
Bernama
24/12/2021
15:43 MYT
Mazlan serah tugas Timbalan Ketua Polis Negara kepada Razarudin
Datuk Seri Mazlan Lazim menyerahkan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Razarudin Husain dalam satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mazlan Lazim menyerahkan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Razarudin Husain dalam satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Razarudin sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada Mazlan atas segala pengorbanan, jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang 35 tahun dalam PDRM.
"Seluruh warga PDRM mengucapkan tahniah kepada Razarudin atas pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu dan yakin kepadanya yang berpengalaman luas dalam bidang kepolisan," katanya dalam kenyataan malam ini.
BACA: Razarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
Pelantikan Razarudin sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada 26 Dis ini menggantikan Mazlan, 59, yang bersara wajib esok.
Pelantikan Razarudin, 58, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serah terima tugas
#Mazlan Lazim
#Timbalan Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan