awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akta 852: KKM laksana 25,643 aktiviti penguatkuasaan hingga 30 November 2025
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Kedah terima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/02/2021
11:56 MYT
MB Kedah terima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
Muhammad Sanusi merupakan antara enam individu yang menerima suntikan kira-kira jam 5.05 petang tadi. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi individu pertama di Kedah menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Program Suntikan COVID-19 di Wisma Darul Aman, pada Ahad.
Muhammad Sanusi merupakan antara enam individu yang menerima suntikan kira-kira jam 5.05 petang tadi.
Turut menerima suntikan ialah Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang dan tiga lagi merupakan petugas barisan hadapan.
Muhammad Sanusi berkata beliau menyeru agar semua rakyat Kedah bersedia untuk menerima suntikan vaksin dan tidak terpengaruh dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk menimbulkan keraguan kepada masyarakat.
Katanya, rakyat seharusnya merujuk kepada pakar vaksin dan bukannya golongan yang di luar bidang terbabit.
"Untuk melaksanakan proses vaksinasi untuk fasa satu ini 25,000 orang. Jumlahnya ikut daerah, ada macam daerah yang besar macam Alor Setar, Sungai Petani jumlah dia ramai.
"Macam daerah yang kecil penduduk tidak ramai kadarnya kecil sikit. Terima kasih pada Jabatan Kesihatan Negeri yang telah mengepalai proses vaksinasi ini. Saya harap rakyat negeri Kedah semua bersikap positif dan bersedia untuk divaksinkan," katanya di sini hari ini.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. KLIK di sini.
Muhammad Sanusi berkata seramai 1.76 juta penduduk Kedah dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 secara berperingkat mulai hari ini sehingga Februari 2022.
Katanya, bagi fasa pertama, Kedah diperuntukkan sebanyak 50,310 dos vaksin COVID-19 yang akan disuntik kepada seramai 25,155 penerima barisan hadapan.
Bagi fasa kedua bermula April hingga Ogos dan fasa ketiga bermula Mei 2021 hingga Februari tahun depan.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#COVID-19
#Menteri Besar Kedah
#MB Kedah terima vaksin
#program vaksinasi
#vaksin
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan