SEREMBAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata JPS negeri perlu melihat beberapa keperluan seperti menaik taraf perparitan sedia ada, bagi mencegah kejadian yang sama berlaku setiap kali berlakunya hujan lebat.
"Punca berlakunya banjir kilat sejak akhir-akhir ini sama ada melibatkan perparitan yang kurang sesuai atau perlu dinaik taraf, perkara tersebut perlu diberikan perhatian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini hari ini.
Aminuddin berkata beliau berpuas hati dengan peranan serta persediaan semua agensi di negeri itu dalam menghadapi bencana banjir kali ini.
Beliau berkata kerajaan negeri turut menyediakan tiga buah bot untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri itu, sebagai aset untuk digerakkan bagi membantu mangsa banjir.
"Semalam kita telah menguji tiga buah bot untuk diserahkan kepada pihak bomba dalam masa terdekat, saya diberitahu bot yang akan digunakan itu lebih sesuai... bagaimanapun kita berdoa bencana banjir tidak berlaku di negeri ini dan negara," katanya.
Selain itu Aminuddin berkata kekerapan kejadian tanah runtuh yang berlaku sejak akhir-akhir ini serius, kerana kejadian itu menghampiri tempat tinggal serta mengakibatkan jalan raya terputus.
Beliau berkata tindakan segera telah diambil pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Seremban (MBS), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), dengan melantik kontraktor bagi memperbaiki kerosakan.
"Jumlah kos keseluruhan masih dinilai seperti di Jalan Bukit Berlian 5, Taman Bukit Berlian, Lobak melibatkan kos hampir RM3 juta. Kejadian tanah runtuh kali ini banyak berlaku di beberapa kawasan dan terbaru kejadian di Taman Saujana, Jempol," katanya.
Semalam Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Datuk Masri Razali, telah meninjau di beberapa kawasan berlaku tanah runtuh seperti di Jalan Duyung 7, Taman Duyung, dengan mengambil tindakan pelaksanaan menutup cerun akan dilakukan di kawasan itu.
Selain itu di No.666 Jalan S2 H20, Park Avenue pula, pihak MBS telah menggerakkan anggota task force bagi kerja pembersihan dan menutup cerun dan turut meninjau di No.231, Jalan TBS 9, Taman Bunga Sejati, Rantau, yang dilaporkan berlaku tanah runtuh di bahagian belakang kediaman tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Aminuddin berkata beliau berpuas hati dengan peranan serta persediaan semua agensi di negeri itu dalam menghadapi bencana banjir kali ini. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

Konflik Papua | Indonesia cari juruterbang warga New Zealand di Papua
Indonesia menggerakkan operasi mencari juruterbang warga New Zealand serta beberapa penumpang selepas sebuah pesawat kecil dibakar oleh sekumpulan pejuang pemisah di Papua.

Tragedi Itaewon | Menteri Korea Selatan dipecat gagal tangani situasi rempuhan
Ahli Parlimen Korea Selatan mengundi untuk menyingkirkan Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-Min berhubung tindak balasnya terhadap insiden rempuhan Halloween di Itaewon.

Toyota Tour | Jelajah negara bermula Mac, martabat sukan golf
Bermula Mac ini, Toyota Tour akan mengembara ke seluruh negara dengan misi menjadi platform buat pemain golf mengasah bakat dan kebolehan bagi bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Lesen gerenti lulus: 2 pembantu penguat kuasa ditahan SPRM
SPRM menahan dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan yang disyaki menerima wang rasuah bagi urusan permohonan lesen kenderaan 'gerenti lulus'.

Putin didakwa 'luluskan' bekalan peluru berpandu tembak jatuh MH17 - Pasukan penyiasat
Sistem peluru berpandu BUK-TELAR itu telah digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

'Peluang KJ jadi MB lebih luas di Kelantan' - Aminuddin
MB Negeri Sembilan saran Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal cadangkan nama Khairy untuk bertanding di Kelantan.

Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.

Gempa Turkiye | Kepentingan mempunyai sistem kesihatan kukuh, berdaya tahan
Tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria menunjukkan betapa pentingnya mempunyai sistem kesihatan yang kukuh dan berdaya tahan.

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Banjir: Mangsa di Pahang, Kedah menurun, Johor dan Terengganu kekal
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kedah semakin berkurangan pagi ini berbanding malam tadi manakala Johor dan Terengganu kekal.

Banjir Pahang: 2,797 mangsa masih di 20 PPS di Kuantan, Pekan
Sebanyak enam batang sungai masih merekodkan paras amaran dalam keadaan tren menaik.

Banjir: Jumlah mangsa di 4 negeri berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor, Kedah dan Terengganu semakin berkurangan dengan 3,662 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada malam ini.

Pahang catat jumlah mangsa banjir tertinggi petang ini
Bilangan mangsa banjir di negeri Pahang terus meningkat manakala Johor semakin berkurangan sementara Kedah dan Terengganu kekal setakat petang ini.

Banjir Kelantan: Kerosakan infrastruktur RM172.3 juta - MB
Beberapa siri banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku di Kelantan sejak 2021 hingga tahun ini telah mengakibatkan kerosakan kemudahan infrastruktur berjumlah RM172.3 juta.

8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.

Banjir Pahang: 5,015 dipindahkan ke 28 PPS di Kuantan, Pekan
Pada pukul 12 tengah malam Isnin, hanya 21 PPS dibuka di daerah Kuantan dan Pekan, iaitu seramai 3,997 orang daripada 1,166 buah keluarga.

Banjir Terengganu: 28 penduduk dipindahkan di Kemaman
Terengganu menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) mula diaktifkan di daerah Kemaman.

Warga emas tidak pulang ke rumah digenangi air selama dua bulan
Segala peralatan dan perkakasan dapur turut dibiarkan kerana telah banyak rosak.