IPOH: Isu gangguan kutipan sampah di sekitar bandar raya Ipoh ada hubung kait dengan syarikat konsesi yang berdepan masalah kekurangan pekerja, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Menurut beliau, ramai antara pekerja pembersihan terbabit berhenti dan memilih bekerja dalam industri pembinaan.
Sehubungan itu, Rumaizi berkata, pihaknya menyedri dan memahami ketidakselesaan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk yang terkesan selain mengambil tindakan segera bagi mengatasi isu berkenaan.
"Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedia maklum berhubung gangguan kutipan sampah khususnya di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang.
"Pihak kontraktor Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB) menghadapi kekangan pekerja sejak April lalu.
"MUMSB kini sedang berusaha untuk mencari pekerja kutipan sampah gantian dengan gaji harian setinggi RM80 sehari tetapi masih tiada yang mahu menerima tawaran tersebut kerana industri pembinaan menawarkan kadar harga gaji harian yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Rumaizi berkata, peningkatan sampah yang tidak dijangka iaitu tiga kali ganda daripada keadaan biasa susulan Hari Raya Aidilfitri turut menyumbang kepada masalah tersebut.
"Cuti raya yang sangat panjang menyebabkan ramai yang pulang ke Ipoh di samping penganjuran kenduri serta rumah terbuka sekali gus menyebabkan gangguan kutipan sampah di kawasan di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang," katanya lagi.
Rumaizi menambah, antara tindakan segera yang diambil seperti melantik kontraktor sementara kutipan sampah bagi membantu MUMSB serta melantik pekerja tambahan.
"Anggota pembersihan MBI membantu kerja-kerja kutipan sampah selain membeli empat lori kutipan sampah baharu yang dijangka tiba pada bulan Jun," katanya.
Katanya, pemulihan gangguan kutipan sampah telah beransur pulih dan menjangka 90 peratus operasi kutipan sampah di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang.
"MBI memohon maaf atas ketidakselesaan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat kesan daripada kelewatan kutipan sampah ini," ujarnya.
Aida Aziz
Tue May 10 2022

Peningkatan sampah yang tidak dijangka iaitu tiga kali ganda daripada keadaan biasa susulan Hari Raya Aidilfitri turut menyumbang kepada masalah kutipan sampah. - Gambar ihsan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.

Isu LCS | Wanita BN kena faham, cubaan hasut rakyat - Najib
Datuk Seri Najib Razak menyeru agar wanita Barisan Nasional (BN) memahami isu-isu terkini termasuk berhubung perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa cuba dimainkan untuk menghasut rakyat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak pembangkang mahu menjadikan lcs sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam masa sama, Najib sekali lagi mendakwa Pakatan Harapan menjadi punca kepada kelewatan menyiapkan kapal tempur tersebut.

Konvensyen Wanita BN | Wanita BN tonggak parti, ibarat Arteri Aorta
Wanita Barisan Nasional (BN) digambarkan sebagai tonggak dan jentera ulung dalam menggerakkan parti tersebut. Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan wanita BN boleh diibaratkan sebagai Arteri Aorta, iaitu pembuluh darah yang utama dalam badan manusia. Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN, bekas Perdana Menteri itu menambah barisan wanita juga paling setia dalam perjuangan parti.

Bantuan Lemas | Bomba peti keselamatan di 50 lokasi panas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 50 lokasi 'hot spot' berlakunya kejadian lemas untuk diletakkan Life Saving Appliances (LISA) di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, lisa adalah satu inovasi yang dipasang di lokasi-lokasi hot spot yang dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya kejadian lemas melebihi lima mangsa di tempat yang sama dalam tempoh tiga tahun.
![[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional [TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982547/thumbnails/37622980911660456903211_640x360.jpg)
[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional
Ikuti Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional dan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak
![[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah [TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982548/thumbnails/37622981191660457355727_640x360.jpg)
[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah
Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan menerima rasuah RM10,000 dari sebuah syarikat kontraktor pada tahun 2015.

Siasatan ditutup, tiada elemen jenayah sebabkan kematian Anne Heche
Nahas itu sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan jenayah.

Kes SRC: Esok hari penting buat saya - Najib Razak
Najib menegaskan, walau apapun berlaku, beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama parti.

Aizat sah jadi suami Elyssa, rancang bulan madu di Mexico
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang.

AWANI Ringkas: ADUN PSB keluar parti, pembangkang tingal lima kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kunjungan juruhebah, kru stesen radio Era bantu promosi bandar raya Ipoh - Datuk Bandar
Ia sedikit sebanyak membuka tirai dalam memperluas jaringan strategik bersama station radio popular itu.

Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat
Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu memberi ruang kepada para peniaga untuk mendirikan solat di lokasi perniagaan tertentu.

Buang sampah secara haram di Ipoh, kompaun RM1,000 tanpa rayuan menanti anda!
Mengenakan kompaun merupakan langkah terakhir setelah tindakan lain tidak diendahkan oleh warga kota.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.

MBI tak halang tanam sayur, ternak haiwan di bandar
MBI tidak menghalang warga kota untuk melakukan aktiviti pertanian dengan menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan yang sesuai di bandar.

Perak tidak bercadang teruskan Perbadanan Stadium - Exco
Perak tidak bercadang untuk menyambung penubuhan Perbadanan Stadium yang telah diilhamkan pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini pada September 2018.

HFMD: Majlis Bandaraya Ipoh pantau taska, tadika
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa memantau taska dan tadika bagi menangani penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

MBI mohon maaf, ramai pekerja pembersihan berhenti, punca masalah kutipan sampah - Datuk Bandar
Ramai antara pekerja pembersihan berhenti dan memilih bekerja dalam industri pembinaan yang menawarkan gaji lumayan.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 143.4 peratus
Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menunjukkan peningkatan sejak awal tahun 2022.

Pengaktifan semula studio RM20 juta bakal tarik pelabur kreatif China, Indonesia ke Ipoh
Ia dilihat mampu menarik minat penggiat industri kreatif luar seperti dari China, Indonesia dan negara serantau untuk ke negeri Perak.