awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBI perhalusi cadangan letak nama asal jalan ada nilai sejarah

Aida Aziz
Aida Aziz
02/10/2023
01:00 MYT
MBI perhalusi cadangan letak nama asal jalan ada nilai sejarah
Nor Hisham berkata banyak jalan di bandar raya Ipoh khususnya, dan Perak amnya, mempunyai jalan penceritaan tersendiri yang kini sudah tidak didedahkan kepada umum. - Foto Nor Hisham Zulkiflee
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) setuju memperhalusi cadangan meletakkan nama asal jalan yang mempunyai nilai sejarah serta warisan di sini, yang pernah mendapat julukan bandar jutawan suatu masa dahulu.
Perkara itu diakui Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin yang berpendapat cadangan dikemukakan oleh salah seorang Ahli Majlis itu merupakan inisiatif tepat bagi memastikan nilai sejarah tidak hilang.
Menurutnya, pendekatan itu juga sama seperti yang dilaksanakan di Singapura dalam memulihara sejarah tempatan.
"Kita akan pertimbangkan cadangan itu (letak nama asal jalan bersejarah). Setiausaha Bandaraya akan mempengerusikan mesyuarat bagi cadangan itu.
"Nama yang ada sekarang akan dikekalkan, cuma nama asalnya akan diletakkan dalam kurungan. Kita akan kaji terlebih dahulu sebelum dilaksanakan," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Bagaimanapun, tambah Rumaizi, cadangan berkenaan perlu diperincikan dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum direalisasikan.
Sementara itu, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Wong Kar Keat menjelaskan usaha itu wajar bagi memastikan generasi muda tidak melupakan sejarah tanah air sendiri.
"Saya cadangkan perkara itu dalam Mesyuarat Penuh Majlis.
"Kita letak semula nama sebelum ini, contoh saya ambil adalah dari negara Singapura, kita mahu orang ramai ingat sejarah lampau kawasan itu dan ambil ia sebagai pengajaran," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee ketika diajukan mengenai cadangan itu menyambut baik dan bersetuju dengan inisiatif tersebut.
Jelasnya, banyak jalan di bandar raya ini khususnya dan Perak amnya mempunyai jalan penceritaan tersendiri yang kini sudah tidak didedahkan kepada umum.
Foto ihsan Nor Hisham Zulkiflee
Foto ihsan Nor Hisham Zulkiflee
Katanya, sudah ada pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mengambil pendekatan menjelaskan nama asal jalan disertakan keterangan seperti di Muar, Johor.
"Cadangan itu bagus dan memang pihak persatuan sendiri pernah cadangkan untuk buat jejak warisan jalan di Ipoh, khususnya di Pekan Lama.
"Mungkin sebagai projek rintis boleh laksana di Pekan Lama kerana itu merupakan hotspot warisan dan pelancong.
"Nama jalan bersejarah seperti Jalan Dato' Panglima Bukit Gantang Wahab dahulunya Club Road, Jalan Sultan Iskandar (Hugh Low Street), Jalan Dato' Maharaja Lela (Station Road), Jalan Dato' Sagor (Post Office Road).
"Concubine Lane (Panglima Lane), Jalan Tun Sambanthan (Hale Street), Jalan Sultan Yussuf (Belfield Street) dan Jalan Bijeh Timah (Treacher Street)," kata Nor Hisham.
Topic Berkaitan
#nama jalan
#nilai sejarah
#Ipoh
#nama asal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan