awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPJ diiktiraf Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2023
11:44 MYT
MBPJ diiktiraf Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF
MBPJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama dalam negara yang menerima pengiktirafan itu. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapat pengiktirafan Bandar Mesra Kanak-Kanak oleh Tabung Kanak-Kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Aznan Hassan berkata, MBPJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama dalam negara yang menerima pengiktirafan itu.
Menurutnya, pengiktirafan itu diperoleh pada minggu lalu di Sepanyol dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir mewakili MBPJ untuk menerima anugerah tersebut di sana.
"Sudah tentu kriteria dipilih berdasarkan penyediaan kemudahan mesra kanak-kanak, pendekatan yang digunakan serta penglibatan golongan ini dalam perkongsian idea.
"Seramai 24 orang pelajar berumur enam hingga 17 tahun telah dipilih sebagai child council atau ahli majlis kanak-kanak yang akan hadir Mesyuarat Penuh MBPJ bagi mengasah bakat kepimpinan mereka," katanya ditemui pada pelancaran Ekspo Buku Petaling Jaya (PJBX) 2023 di Dewan Sivik MBPJ pada Isnin.
Tambahnya, MBPJ akan menyediakan taman mesra kanak-kanak di Taman Jaya yang projek itu akan dibangunkan dengan mendapat input dan pandangan ahli majlis kanak-kanak bagi kelengkapan fasiliti tersebut.
"Ia akan menjadi identiti Bandar Mesra Kanak-Kanak MBPJ seperti yang dilaksanakan negara-negara lain.
"Sudah tentu pengiktirafan yang diperoleh ini merupakan kebanggaan kepada MBPJ yang telah berusaha selama empat tahun untuk ke arah itu," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MBPJ
#UNICEF
#Bandar Mesra Kanak-Kanak
#Aznan Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan