awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP lupus dan tangkap 17,750 gagak, 10,171 merpati tahun lepas

Bernama
Bernama
03/01/2026
09:15 MYT
MBPP lupus dan tangkap 17,750 gagak, 10,171 merpati tahun lepas
Antara cabaran dihadapi dalam mengawal peningkatan populasi merpati ialah tindakan orang awam yang masih memberi makan makanan kepada burung tersebut. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melupuskan 17,750 gagak dan menangkap 10,171 merpati sepanjang tahun lepas dalam usaha berterusan memastikan kawasan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas daripada najis haiwan tersebut.

Ringkasan AI
  • MBPP melupuskan 17,750 gagak dan menangkap 10,171 merpati sepanjang tahun lepas untuk memastikan kawasan persekitaran bersih dan sihat.
  • Jumlah populasi gagak berkurangan pada 2024 tetapi boleh meningkat dengan cepat jika orang awam terus membuang sisa makanan secara tidak bertanggungjawab.
  • MBPP mengambil langkah tegas termasuk penguatkuasaan dan kompaun RM250 bagi individu yang memberi makan merpati serta hebahan melalui media sosial untuk mengawal populasi gagak dan merpati.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
MBPP memaklumkan operasi kawalan populasi gagak dan merpati giat dilaksanakan setiap bulan menerusi Jabatan Kesihatan Persekitaran agensi itu dengan kerjasama Kelab Menembak Pulau Pinang dan persatuan lain yang berkaitan.
"Tahun lepas 17,750 gagak dilupuskan berbanding 23,336 pada 2024. Selain kaedah menembak yang dibenarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sarang burung tersebut juga telah dimusnahkan di kawasan yang dikenal pasti sebagai "hotspot" pembiakkan.
"Walaupun populasi gagak berkurangan pada tahun lepas berbanding 2024, jumlahnya boleh meningkat dengan cepat sekiranya tabiat tidak bertanggungjawab segelintir orang awam berterusan seperti membuang sisa makanan di tempat awam tanpa dimasukkan ke dalam tong sampah atau tidak menutup tong sampah dengan sempurna," menurut MBPP menerusi hantaran di Facebook hari ini.
MBPP turut memaklumkan pihaknya berjaya menangkap 9,585 merpati pada 2024 dan jumlah tangkapan itu meningkat kepada 10,171 sepanjang bagi tahun lepas.
Menurut MBPP antara cabaran dihadapi dalam mengawal peningkatan populasi merpati ialah tindakan orang awam yang masih memberi makan makanan kepada burung tersebut.
"Tindakan penguatkuasaan telah dimulakan pada Mac tahun lepas untuk mengekang aktiviti memberi makan merpati dengan 55 notis kompaun telah dikeluarkan mengikut Seksyen 47(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
"Kompaun sebanyak RM250 bagi setiap kesalahan dan tindakan mahkamah sekiranya individu tersebut masih ingkar serta bagi pesalah yang tidak membayar kompaun untuk kesalahan ini," menurutnya.
MBPP memaklumkan usaha mengekang populasi gagak dan merpati bukan sahaja melibatkan tindakan kawalan secara fizikal tetapi juga hebahan kepada orang awam menerusi media sosial rasmi serta papan tanda larangan di sekitar kawasan yang dikenal pasti.
Selain itu, pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) turut dilaksanakan serta menyusun atur tindakan pemantauan dan operasi kawalan populasi gagak dan merpati setiap hari mengikut lokasi yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah gagak yang dilupuskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sepanjang tahun lepas? A: MBPP melupuskan 17,750 gagak sepanjang tahun lepas.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh MBPP bagi mengawal populasi merpati? A: MBPP telah menangkap 10,171 merpati sepanjang tahun lepas dan memulakan tindakan penguatkuasaan termasuk memberi kompaun RM250 kepada individu yang masih memberi makan merpati.
  • Q: Apakah cabaran yang dihadapi oleh MBPP dalam mengawal peningkatan populasi merpati? A: Salah satu cabaran yang dihadapi ialah tindakan orang awam yang masih memberi makan makanan kepada merpati, yang menyumbang kepada peningkatan populasi burung tersebut.
  • Q: Apakah langkah tambahan yang diambil oleh MBPP selain daripada tindakan fizikal dalam mengawal populasi gagak dan merpati? A: MBPP juga melakukan hebahan kepada orang awam melalui media sosial rasmi, papan tanda larangan di kawasan tertentu, dan pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) serta operasi kawalan setiap hari.
  • Q: Berapakah jumlah merpati yang berjaya ditangkap oleh MBPP pada tahun 2024? A: MBPP berjaya menangkap 9,585 merpati pada tahun 2024 sebelum jumlah tangkapan meningkat kepada 10,171 sepanjang tahun lepas.

Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#gagak
#merpati
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan