awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
06/04/2024
20:45 MYT
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Sebanyak 300 kucing dari seluruh dunia menyertai PIC Fiesta 2024 yang diadakan di Spice Arena, Bayan Lepas, 6 Apr 2024. - Facebook Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memandulkan 6,046 anjing liar setakat ini, bagi membendung peningkatan jumlah haiwan itu di negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia dijalankan menerusi program perangkap, mandulkan dan lepaskan (TNR) sejak 2017, dengan kerjasama Pertubuhan Bantuan Antarabangsa Bagi Perlindungan dan Kebajikan Binatang (IAPWA), di mana Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melaksanakannya.
"Selain melaksanakan TNR, kita juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
"Sesudah dimandulkan, kita akan melepaskannya kembali ke tempat asal, kerana anjing merupakan haiwan berkawasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 2nd World Cat Federation Penang International Cat (PIC) Fiesta 2024 di Spice Arena di Bayan Lepas dekat sini, semalam.
Beliau berkata anjing-anjing tersebut juga akan ditempatkan semula untuk peliharaan kepada mereka yang ingin memelihara haiwan tersebut.
MBPP hingga kini masih menerima aduan berhubung kehadiran anjing dan kucing liar khususnya di kawasan Teluk Bahang serta Balik Pulau.
Mengenai PIC Fiesta 2024, Chow berkata sebanyak 300 kucing dari seluruh dunia menyertai pameran itu.
Chow berkata selain pameran kucing, PIC Fiesta 2024 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya bengkel dandanan kucing, pertandingan melukis, seminar perkongsian ilmu mengenai kucing dan kempen pemilikan kucing pedigri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#anjing liar
#pulau pinang
#MBPP
#mandul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan