Skip to main content

Malaysia

MBPP nafi iklan jawatan kosong seperti tular dalam media sosial

[TB]_logo MBPP_MBPP
MBPP memaklumkan, iklan berkenaan adalah palsu dan bukan dikeluarkan atau diterbitkan secara rasmi oleh pihaknya.
Advertisement

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan mengeluarkan iklan jawatan kosong yang kini tular dalam media sosial termasuk platform Threads, yang menggunakan nama dan identiti pihak berkuasa tempatan itu.

MBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, iklan berkenaan adalah palsu dan bukan dikeluarkan atau diterbitkan secara rasmi oleh pihaknya.

"Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan iklan tersebut serta tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan kandungannya, termasuk mengimbas kod QR atau kod bar yang disertakan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak memberikan maklumat peribadi atau kewangan, menekan pautan atau mengisi sebarang borang dalam talian yang dikaitkan dengan iklan palsu berkenaan," menurut kenyataan itu.

MBPP memaklumkan sebarang maklumat berkaitan kekosongan jawatan hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Modal Insan menerusi talian 04-259 2115, 04-259 2311 atau 04-259 2240 bagi tujuan semakan.

"Pihak MBPP turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan semula iklan itu, dan merujuk terus kepada MBPP melalui saluran rasmi sekiranya mempunyai sebarang keraguan mengenai hebahan jawatan kosong yang menggunakan nama MBPP," menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement