SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah memanggil penganjur yang dilantik bagi tapak Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang di sini berhubung isu sewaan tapak bazar itu terlalu tinggi sehingga mencecah RM17,000.
MBS dalam kenyataan kepada Sinar Harian berkata, pihaknya mendapati penganjur Dataran Senawang 2 telah menghebahkan harga tanpa merujuk kepada pentadbiran MBS terlebih dahulu.
"Hal ini bertentangan dengan syarat yang telah ditetapkan bagi Penganjuran Bazar Aidilfitri 1445H/2024M.
"Sehubungan itu, penganjur telah berjanji akan mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui dan penganjur juga perlu merujuk kepada MBS bagi penetapan kadar sewaan tapak bazar," katanya pada Sabtu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan harga tapak khemah bazar Aidilfitri paling 'hot' di Dataran Senawang didakwa mencecah sehingga RM17,000.
Difahamkan harga yang disifatkan cekik darah itu ditawarkan untuk khemah di bahagian hadapan yang sememangnya menjadi rebutan peniaga setiap tahun.
Penganjur tersebut didakwa turut cuba meraih keuntungan dengan menetapkan harga mengikut lokasi dan saiz khemah bermula RM5,000 hingga RM15,000.
Selain itu peniaga yang berminat diminta membuat bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada harga yang dipersetujui manakala baki 50 peratus lagi perlu diselesaikan pada Ramadan pertama iaitu 12 Mac, sebelum memasuki tapak.
Sementara itu, menurut kenyataan MBS itu lagi, penganjur juga telah bersetuju untuk memberikan satu kadar yang munasabah dan berpatutan kepada MBS sebelum menguar-uarkan semula kadar yang baharu.
"Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, warga bandar raya Seremban boleh menghubungi MBS atau aduan melalui SISPAA MBS mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma Aplikasi Respon Rakyat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024

MBS mendapati penganjur Dataran Senawang 2 telah menghebahkan harga tanpa merujuk kepada pentadbiran MBS terlebih dahulu. - Gambar hiasan
LIMA’25: Bermula dengan aksi udara mengagumkan oleh TUDM
Persembahan udara yang dimulakan tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM dan tiga pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula secara rasmi hari ini.
LIMA'25: PM Anwar rasmi segmen maritim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merasmikan segmen Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang diadakan di Resort World Langkawi.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Malaysia seru dunia Islam proaktif bentuk hala tuju teknologi global
Malaysia berpendirian dunia Islam perlu mengambil pendekatan proaktif dalam membentuk hala tuju teknologi sejagat khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Agenda AWANI: Pemilihan PKR 2025 | Hiruk vs Damai, Yang Mana Jadi Pilihan?
Pemilihan PKR 2025 dilihat semakin panas. Namun antara 'Hiruk VS Damai' adakah ini menandakan krisis kepimpinan masa depan dalam PKR? Atau ia sebagai satu proses kematangan politik dan bukti demokrasi dalam parti yang sihat? Diskusi 8.30 malam
LIMA'25: Platform pengukuhan kerjasama diplomatik dan pertahanan
LIMA 2025 bukan sahaja medan pameran teknologi, tetapi juga platform membina kerjasama startegik yang berimpak tinggi.
Tampil dengan format baharu, babitkan enam siri GP
CelcomDigi STL 2025 akan membuka tirai dengan STL divisyen 1 di Stadium Sukpa, Pahang.
Universiti bukan lagi tempat selamat?
Gangguan seksual- bukan isu yang kecil. Apakah mekanisme sedia ada benar-benar melindungi mereka?
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
JPN ambil serius siasatan EAIC, gariskan lima tindakan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil serius hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan menggariskan lima tindakan yang akan dan sedang diambil susulan hasil siasatan itu.
Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
Pemandu lori yang terlibat menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Selasa atas pertuduhan memindahkan harta curi, iaitu dua ekor lembu, bulan lalu.

PGA gagalkan cubaan seludup tanaman hiasan di Pasir Mas dan Tumpat
PGA menggagalkan cubaan menyeludup masuk tanaman hiasan dari negara jiran selepas menahan dua lori berasingan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Pasir Mas dan Tumpat, Ahad lepas.

COVID-19: Karnival Bandaraya Seremban 2020 ditangguhkan
Penganjuran Karnival Bandaraya Seremban 2020 sempena pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) ditangguhkan.

Selepas tiga hari kerajaan baharu, pasaran kekal stabil
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan, pasaran kewangan kekal berada dalam keadaan stabil meskipun negara kini di bawah pemerintahan kerajaan yang baharu.