Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong mengumumkan rombakan kecil kepimpinan parti itu di Sabah bagi mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan anggota parti itu.
Beliau berkata rombakan itu menyaksikan pelantikan Datuk Francis Goh Fah Shun sebagai Timbalan Pengerusi MCA Sabah bagi menggantikan Datuk Tang Liing Sing yang dilantik sebagai penasihat parti itu di negeri ini.
Tang mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah selepas dilantik sebagai Pembantu Khas presiden MCA.
"Datuk Paul Kong Sing Chu turut dilantik sebagai penasihat MCA Sabah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah di sini.
Wee dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah oleh presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 21 Julai lepas.
Wee berkata seorang lagi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah Datuk Pang Kin Khon turut dikekalkan.
Turut dikekalkan dalam jawatan masing-masing ialah Datuk Lim Kong Yuen, Chin Kim Hiun, Lee Sip Kim dan Liew Kong Khai sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah serta Ketua Pemuda MCA Adrian Lee Yin Chung dan Ketua Wanita Datuk Shim Tshin Nyuk.
Datuk Edward Khoo Keok Hai dikekalkan sebagai Penasihat Kehormat Tetap manakala bekas Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Senator Datuk Wilfred Yong Cheng Leong pula dilantik sebagai penasihat eksekutif.
Wee berkata selain penubuhan jawatankuasa parti, MCA Sabah mewujudkan 20 biro bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa parti itu.
"Saya ingin melihat kesatuan (dalam kalangan anggota MCA) di Sabah. Selepas 20 tahun (bertapak di Sabah), saya melihat MCA terus berkambang," katanya.
Menurutnya MCA Sabah juga akan menganjurkan konvensyen parti itu pada 20 Sept depan.
Bernama
Fri Aug 28 2015
WEE: Selain penubuhan jawatankuasa parti, MCA Sabah mewujudkan 20 biro bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa parti itu.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
MCA lakukan rombakan kecil di Sabah
Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini mengumumkan rombakan kecil kepimpinan parti itu di Sabah bagi mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan anggota parti itu.