awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA Pandan nafi kenyataan Chua Soi Lek

Hakim Rahman
Hakim Rahman
22/02/2013
12:16 MYT
MCA Pandan nafi kenyataan Chua Soi Lek
MCA Pandan menafikan membuat sebarang keputusan untuk menyingkirkan penyandang kerusi Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat.
Mereka pada masa sama turut mendedahkan masih belum memutuskan calon yang akan bertanding di kawasan tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13.
Ketua Pemuda MCA Pandan, Chong Sin Won, bagaimanapun menegaskan, mereka akan menyokong calon yang dipilih bagi memastikan kerusi parlimen tersebut dikekalkan.
"Namun kami juga mengambil pendirian bahawa MCA bahagian Pandan akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang mendapat restu dan dicalonkan oleh pusat kepimpinan MCA dan BN.
"Ini bagi memastikan calon BN tetap akan menang di kawasan Pandan ini," katanya dalam satu sidang media pada Jumaat.
Mereka turut menyangkal dakwaan bahawa MCA Pandan telah menghantar calon baru bagi menggantikan Tee Keat.
Jelasnya lagi, mana-mana individu yang mengaku dirinya sebagai calon adalah tidak berasas.
Keputusan tersebut dicapai setelah 10 Exco MCA Pandan mengadakan mesyuarat tergempar bagi menjelaskan perkara berkenaan.
Bagaimanapun Pengerusinya, Datuk Eric Ong Chen Huing dan dua Naib Pengerusi , Wong Choy dan Foo Ah Soon tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.
Ketika ditanya wartawan adakah MCA Pandan mempunyai calon yang dicadangkan bertanding Parlimen itu, Sin Won berulang kali menegaskan perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
"Kita tidak pernah lagi membincangkan, kalau pun kita membincangkan kita akan mencalonkan beberapa orang itu perkara biasa tapi akhirnya keputusan akan dibuat pucuk kepimpinan MCA dan BN," jelasnya.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Rabu mengumumkan Tee Keat akan digugurkan sebagai calon MCA.
Tempatnya akan digantikan dengan muka baru, peguam muda, Gary Lim, 39 tahun.
Topic Berkaitan
#Chua Soi Lek
#MCA
#Ong Tee Keat
#PANDAN
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan