awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McDonald's agih 3 juta baucar kopi, galak orang terima vaksin COVID-19

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
03/11/2021
03:20 MYT
McDonald's agih 3 juta baucar kopi, galak orang terima vaksin COVID-19
McDonald's Malaysia berjaya mengagihkan sekitar 3 juta baucar kopi bagi menggalakkan populasi menerima suntikan vaksin COVID-19 - Foto/McDonald's Malaysia
KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia berjaya mengagihkan sekitar tiga juta baucar kopi bagi menggalakkan populasi menerima suntikan vaksin COVID-19.
Inisiatif ini sudah digerakkan sejak bermula Program Imunisasi COVID-19 (PICK) di 75 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara bagi memastikan setiap penduduk di negara ini dalam keadaan selamat dan terhindar daripada wabak ini.
"Kami dapat dekati lebih banyak aktiviti kemasyarakatan atau ‘grassroot’ berjaya dilaksanakan melibatkan frontliners dan mereka yang terjejas disebabkan pandemik.
"McDonald's juga menyokong usaha kerajaan dalam galakan vaksinasi dengan memberi tiga juta baucar kopi Americano dari McCafe di beberapa PPV. dan lebih banyak lagi aktiviti kemasyarakatan akan kami laksanakan seiring dgn peningkatan perniagaan di negara ini," jelas Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai ketika ditemubual Astro AWANI pada Rabu.
Selain itu, dalam menghargai usaha petugas barisan hadapan yang berkhidmat tanpa jemu, sekitar sejuta hidangan percuma diagihkan kepada mereka.
Ia ditambah dengan perbelanjaan sekitar RM350,000 untuk lebih 400 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara bagi memberi keselesaan dan keceriaan.
McDonald's kini bersedia menerima pelanggan untuk menikmati hidangan secara dine-in untuk merasai semula pengalaman terbaik daripada krewnya.
Pematuhan SOP yang ketat dipraktikkan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan ketika menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Topic Berkaitan
#Mcdonald's
#baucar
#vaksin COVID-19
#petugas barisan hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan