awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Filipina tandatangani belanjawan negara 2026 berjumlah AS$115 bilion
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McDonald's kembali dibuka di Ukraine, orang ramai anggap ia 'detik membahagiakan'

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2022
23:45 MYT
McDonald's kembali dibuka di Ukraine, orang ramai anggap ia 'detik membahagiakan'
Cawangan-cawangan hanya dibuka untuk perkhidmatan penghantaran, namun pelanggan tetap menunggu di luar restoran untuk mengambil makanan daripada petugas perkhidmatan penghantar makanan. - Foto REUTERS
KIEV: Penduduk Kiev beratur selama berjam-jam dalam cuaca sejuk selepas restoran makanan segera, McDonald's membuka tiga cawangan di ibu negara Ukraine itu yang sebelum ini ditutup sejak pencerobohan Rusia tujuh bulan lalu.
Cawangan-cawangan hanya dibuka untuk perkhidmatan penghantaran, namun pelanggan tetap menunggu di luar restoran untuk mengambil makanan daripada petugas perkhidmatan penghantar makanan.
View this post on Instagram
A post shared by McDonald's Ukraine (@mcdonaldsukraine)
Bagi ramai penduduk, pembukaan restoran itu mengingatkan mereka tentang kehidupan sebelum perang.
"Saya benar-benar ingin membebaskan diri daripada suasana perang.
"McDonald's melambangkan detik sebelum perang," kata seorang pelajar, Denys, 18.
Seorang lagi remaja, Mykhailo, 18, berkata kali terakhir dia memesan menu McDonald's ialah pada malam sebelum perang bermula pada 24 Februari.
"Saya telah menunggu 200 hari untuk detik 'bahagia' ini," katanya.
Permintaan untuk aplikasi penghantaran makanan juga melonjak susulan pembukaan semula itu, dengan lebih banyak petugas diperlukan, petik laporan media tempatan.
McDonald's merancang untuk membuka semula lebih banyak cawangan di Kiev dan barat Ukraine dalam beberapa minggu akan datang dan pelanggan dijangka akan dapat memesan dan makan di restoran mulai bulan depan.
Topic Berkaitan
#Mcdonald's
#Ukraine
#Rusia
#detik membahagiakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan