Presiden Filipina tandatangani belanjawan negara 2026 berjumlah AS$115 bilion

Marcos berkata Akta Peruntukan Am 2026 itu adalah selaras dengan pelan pembangunan jangka sederhana dan panjang kerajaan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat Filipina. -Foto pbbm.com.ph
MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr. pada Isnin menandatangani undang-undang bagi belanjawan negara 2026 yang berjumlah 6.793 trilion peso (kira-kira US$115 bilion), lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menandatangani undang-undang belanjawan negara 2026 berjumlah 6.793 trilion peso, dengan fokus kepada meningkatkan taraf hidup rakyat Filipina melalui pelan pembangunan jangka sederhana dan panjang.
- Belanjawan tersebut memberi tumpuan kepada sektor pendidikan dengan peruntukan terbesar melebihi 1.34 trilion peso untuk peningkatan jawatan pengajar, kakitangan sokongan, kenaikan pangkat guru, serta pembinaan bilik darjah di seluruh negara.
- Sektor kesihatan dan pertanian turut mendapat peruntukan besar dengan 448.125 bilion peso untuk penjagaan kesihatan sejagat dan 297 bilion peso untuk memodenkan sistem bekalan serta menyokong golongan petani dan nelayan.
Sektor kesihatan pula diperuntukkan sebanyak 448.125 bilion peso bagi menyokong penjagaan kesihatan sejagat, termasuk pembiayaan untuk pengawasan penyakit, mekanisme tindak balas pantas dan pembiayaan kesihatan yang mampan.
Sektor pertanian menerima peruntukan lebih 297 bilion peso untuk memodenkan sistem bekalan serta menyokong golongan petani dan nelayan.
Selain itu, lebih 270 bilion peso dikhaskan untuk program perlindungan sosial bagi meningkatkan kualiti hidup, menjaga kebajikan merentas pelbagai sektor dan memperkukuh modal insan.
Marcos berkata program utama belanjawan itu dirangka untuk membantu negara mencapai kadar kemiskinan satu angka menjelang 2028. (1 peso bersamaan 0.017 dolar AS).
--BERNAMA-XINHUA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah jumlah belanjawan negara Filipina bagi tahun 2026 menurut artikel yang diberi? A: Belanjawan negara Filipina bagi tahun 2026 berjumlah 6.793 trilion peso atau kira-kira US$115 bilion.
- Q: Apakah sektor yang menerima agihan terbesar dalam belanjawan tersebut dan berapa jumlah peruntukan yang diberikan? A: Sektor pendidikan menerima agihan terbesar dengan lebih 1.34 trilion peso diperuntukkan bagi pelbagai tujuan termasuk penambahan jawatan pengajar, kenaikan pangkat guru, dan pembinaan bilik darjah.
- Q: Apakah matlamat pelan pembangunan jangka sederhana dan panjang yang ingin dicapai melalui Akta Peruntukan Am 2026 tersebut? A: Matlamatnya adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Filipina serta membantu negara mencapai kadar kemiskinan satu angka menjelang 2028.
- Q: Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada sektor kesihatan dalam belanjawan 2026? A: Sektor kesihatan menerima sebanyak 448.125 bilion peso untuk menyokong penjagaan kesihatan sejagat, termasuk pembiayaan pengawasan penyakit dan pembiayaan kesihatan yang mampan.
- Q: Apakah sektor lain yang turut mendapat peruntukan dalam belanjawan tersebut dan berapakah jumlah peruntukan yang diberikan? A: Sektor pertanian menerima lebih 297 bilion peso untuk memodenkan sistem bekalan serta menyokong golongan petani dan nelayan, manakala program perlindungan sosial mendapat lebih 270 bilion peso bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Filipina.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

