Skip to main content
Advertisement

Malaysia

MCMC bantu KKM hantar ubat melalui pos secara percuma kepada pesakit mulai 1 Okt - Fahmi

PADANG BESAR, 26 Sept - Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil (dua, kiri) meninjau pelaksanaan inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Klinik Kesihatan Padang Besar hari ini. Turut sama Pengarah Kesihatan Perlis Dr Ghazali Chik (kiri). PERSADA merupakan kerjasama Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memperkukuh ketersambungan digital serta penggunaan Rekod Perubatan Elek
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil (dua, kiri) meninjau pelaksanaan inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Klinik Kesihatan Padang Besar hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

PADANG BESAR: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu mulai 1 Okt ini.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu, akan dilaksanakan di seluruh negara melalui peruntukan dana kira-kira RM5 juta.

“Sebelum ini pesakit perlu membayar untuk penghantaran ubat melalui pos tetapi mulai 1 Okt ini, semua yang terlibat tidak lagi perlu membayar dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui MCMC,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), di Klinik Kesihatan Padang Besar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengarah Kesihatan Perlis Dr Ghazali Chik.

Pada Jun lepas, Fahmi dilaporkan berkata kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada kira-kira 80,000 pesakit sebulan, menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) hasil kerjasama MCMC dan KKM.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement