awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara JENDELA - Fahmi

Bernama
Bernama
14/12/2024
14:45 MYT
MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara JENDELA - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir. - Foto BERNAMA
SEGAMAT: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan diminta untuk meneliti semula reka bentuk tapak menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), bagi mengatasi masalah banjir dan vandalisme.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir.
"Sekiranya kita dapati perlu ditambah baik, maka saya akan minta tapak-tapak ini terutama yang kerap mengalami vandalisme…mesti ada sebab (sering menjadi mangsa vandalisme), sebabnya antara lain reka bentuk, sekiranya ada kesilapan pemilihan bahan dan rekaan tapak tersebut, saya meminta MCMC segera mengarahkan syarikat-syarikat berkenaan yang merupakan pelesen yang memegang lesen MCMC, mereka perlu bantu untuk menambah baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak menara telekomunikasi JENDELA Kampung Sungai Lenek, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah pemasangan pagar anti-climb dan kawad duri di tempat strategik, bagi mengelakkan pencerobohan tapak menara.
Fahmi berkata pembinaan platform bagi meletakkan kotak elektrik di tapak menara bagi kawasan yang dilanda banjir juga perlu diteliti MCMC.
Beliau berkata perbuatan vandalisme di kawasan tapak menara boleh diklasifikasikan sebagai satu jenayah, malahan pihak yang mengalami kerugian boleh mengambil langkah sivil terhadap mereka yang terlibat melakukan kerosakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#teliti semula reka bentuk
#Menara JENDELA
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan