awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC peroleh injuksi sekat kandungan memudaratkan di Telegram Edisi Siasat dan Edisi Khas

Bernama
Bernama
31/10/2025
02:00 MYT
MCMC peroleh injuksi sekat kandungan memudaratkan di Telegram Edisi Siasat dan Edisi Khas
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memperoleh Injunksi Erinford daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang penyiaran kandungan memudaratkan di platform Telegram termasuk saluran "Edisi Siasat" dan "Edisi Khas."
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memperoleh Injunksi Erinford daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang penyiaran kandungan memudaratkan di platform Telegram termasuk saluran "Edisi Siasat" dan "Edisi Khas."
Permohonan injunksi itu difailkan berhubung tindakan sivil terhadap platform Telegram sementara menunggu pendengaran rayuan interlokutori MCMC di Mahkamah Rayuan.
MCMC memaklumkan, keputusan itu merupakan langkah penting dalam usaha berterusan suruhanjaya dalam memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, bertanggungjawab serta selaras dengan kepentingan awam.
"Melalui keputusan tersebut, mahkamah membenarkan Injunksi Erinford bagi melarang penyiaran kandungan memudaratkan seperti dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan MCMC, termasuk apa-apa kandungan lain yang mempunyai ciri atau kesan serupa," menurut kenyataan MCMC hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan penutupan sepenuhnya saluran "Edisi Siasat" dan "Edisi Khas" serta mana-mana saluran lain yang mempunyai persamaan dari segi kandungan atau modus operandi.
Perintah itu bertujuan mengelakkan penyebaran kandungan palsu, mengelirukan, menghasut serta bahan yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi awam negara melalui platform berkenaan.
MCMC turut memaklumkan, dalam keputusannya mahkamah menegaskan bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi, dengan keseimbangan keadilan jelas berpihak kepada MCMC memandangkan kemudaratan kepada pihak Telegram adalah minimum berbanding potensi kesan negatif terhadap institusi negara dan ketenteraman awam sekiranya kandungan sedemikian terus disiarkan.
Mahkamah turut mengingatkan bahawa penyedia platform luar negara seperti Telegram, walaupun mungkin tidak memahami sepenuhnya struktur sosial dan budaya unik Malaysia, hendaklah sentiasa peka serta menghormati konteks perlembagaan dan sosial negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Telegram Edisi Siasat
#telegram Edisi Khas
#Injunksi Erinford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan