Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti jalur spektrum 700MHz, 3.5GHz dan 26/28 GHz sebagai spektrum perintis bagi pelaksanaan 5G di Malaysia, berikutan perkembangan ekosistem dan pelaksanaan 5G yang pesat di seluruh negara.
MCMC dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan mereka sedang mempertimbangkan pendekatan di mana peruntukan jalur-jalur spektrum 700 MHz dan 3.5Ghz dibuat kepada satu konsortium yang terdiri daripada beberapa pemegang lesen dan bukannya kepada pemegang lesen individu tertentu.
"Bagi tujuan ini, MCMC akan melaksanakan proses tender. Pendekatan ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan modal dengan meminimumkan kos dan mengelakkan pertindihan infrastruktur, sementara penambahbaikan rangkaian 4G masih berjalan," tambah kenyataan tersebut.
MCMC menyatakan, memandangkan ini adalah pendekatan baharu, MCMC hanya akan memperuntukkan 2x30 MHz bagi jalur spektrum 700 MHz dan 100 MHz bagi jalur spektrum 3.5 GHz.
Frekuensi selebih akan dipertimbangkan pada peringkat seterusnya.
Penguntukan bagi jalur spektrum 26/28 GHz akan dilakukan melalui dua kaedah. Frekuensi 24.9 GHz hingga 26.5 GHz akan diperuntukkan melalui proses tender kepada pemegang lesen untuk penggunaan seluruh negara.
Manakala, frekuensi 26.5 GHz hingga 28.1 GHz akan diperuntukkan secara 'first-come first-served' dan dibuka kepada mana-mana pihak (termasuk bukan pemegang lesen) bertujuan untuk penggunaan kawasan setempat dan/atau rangkaian persendirian, menurut kenyataan itu.
"Penguntukan bagi jalur-jalur spektrum yang disebut di atas adalah dibuat melalui penguntukan radas (Apparatus Assignment) atau AA.
MCMC menganggap fi spektrum melalui AA adalah lebih menjimatkan dan akan menggalakan pelaksanaan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan.
Dengan penjimatan ini, perniagaan dan pengguna akan mendapat manfaat dan menikmati perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.
Kenyataan itu menyatakan, MCMC menjangkakan pengkomersialan 5G di Malaysia akan bermula pada suku ketiga 2020, apabila selesainya proses penguntukan tersebut.
"Ini adalah selari dengan perbincangan oleh Petugas Khas 5G Negara yang telah ditubuhkan sejak November 2018 dan dianggotai sebanyak 114 organisasi daripada sektor swasta, kementerian dan agensi mewakili bahagian bekalan dan permintaan dalam ekosistem tersebut," menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 01 2020
MCMC menjangkakan pengkomersialan 5G di Malaysia akan bermula pada suku ketiga 2020, apabila selesainya proses penguntukan tersebut.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MCMC pertimbang agihan jalur spektrum 5G melalui konsortium
MCMC hanya akan memperuntukkan 2x30 MHz bagi jalur spektrum 700 MHz dan 100 MHz bagi jalur spektrum 3.5 GHz.