awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCTC kesal KKM keluarkan nikotin daripada senarai racun

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
08/04/2023
02:50 MYT
MCTC kesal KKM keluarkan nikotin daripada senarai racun
MCTC prihatin dengan bahan berbahaya nikotin yang terdapat dalam rokok elektronik atau vape yang kini penggunaannya sangat tinggi dalam kalangan generasi muda. -Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyuarakan kekesalannya susulan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) menyahsenarai bahan nikotin daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952.
Dalam kenyataannya pada Sabtu, MCTC terkilan akan keputusan itu sungguhpun sudah banyak desakan dan rayuan dibuat pakar kesihatan.
MCTC juga prihatin dengan bahan berbahaya itu yang terdapat dalam rokok elektronik atau vape yang kini penggunaannya sangat tinggi dalam kalangan generasi muda.
Tambah MCTC, KKM sebagai badan selia bagi sektor kesihatan negara harus mengutamakan kesihatan rakyat berbanding pertimbangan ekonomi.
MCTC turut mempersoal tindakan yang didakwa tergesa-gesa oleh kerajaan untuk mengeluarkan nikotin dalam senarai racun itu serta mengenakan cukai bermula 1 April lepas, sedangkan agensi kerajaan terlibat masih belum bersedia untuk mengutip cukai berkenaan.
Dalam pada itu, MCTC turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh dijalankan termasuk jangka pendek dan panjang bagi memastikan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Antaranya, kerajaan disaran menyediakan langkah-langkah untuk mengehadkan pendedahan kepada kanak-kanak dan belia dengan menjalin kerjasama dengan agensi dan kementerian lain.
MCTC juga mencadangkan agar kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok secepat mungkin, serta mengumumkan strategi komprehensif dalam membendung dan mengawal ketagihan nikotin.
Topic Berkaitan
#vape
#akta racun
#nikotin
#MCTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan