SHAH ALAM: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyifatkan penghakiman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai wajar dan menggesa siasatan serta pendakwaan melibatkan kes berprofil tinggi supaya dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.
Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, semua kes salah guna kuasa dan rasuah berprofil tinggi melibatkan kepentingan awam sama ada di peringkat siasatan atau pendakwaan harus disegerakan supaya tidak wujud persepsi pendakwaan terpilih.
"Pihak berwajib perlu menyegerakan semua kes salah guna kuasa dan rasuah sama ada di peringkat siasatan atau pendakwaan tanpa mengira latar belakang supaya tidak wujud persepsi tindakan pendakwaan berpilih.
"Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan pihak berwajib bermula dengan kecekapan menjalankan amanah dan pengadilan yang tidak berat sebelah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jais berkata, penghakiman terhadap Najib yang diputuskan oleh panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan pada Selasa membuktikan sistem kehakiman negara masih utuh dan berintegriti.
Jelas beliau, pihaknya yakin tiada kekhilafan dalam penghakiman tersebut dan percaya ia dibuat berdasarkan fakta serta bukti yang diteliti secara profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak.
"MCW mengucapkan syabas kepada panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat kerana tegas dalam membuat keputusan.
"Keputusan terhadap bekas Perdana Menteri yang pernah berjasa kepada negara itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 24 2022
Jais berkata, penghakiman terhadap Najib yang diputuskan oleh panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan semalam membuktikan sistem kehakiman negara masih utuh dan berintegriti. - Foto Sinar Harian
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
16 kes berprofil tinggi digugurkan Peguam Negara - Azalina
Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
55 tahun SPRM: Terus digeruni bongkar kes rasuah berprofil tinggi
Agensi penguatkuasaan itu menyaksikan transformasi besar dalam membanteras rasuah hari ini dengan menggunakan tiga strategi utama, iaitu penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan.
MCW gesa penghakiman kes rasuah berprofil tinggi disegerakan
Semua kes salah guna kuasa berprofil tinggi melibatkan kepentingan awam harus disegerakan bagi mengelak persepsi pendakwaan terpilih.
SPRM buka 687 kertas siasatan antara Januari dan Ogos lepas - Azam Baki
660 individu ditangkap dalam tempoh berkenaan, manakala jumlah pertuduhan pula melibatkan 347 individu, semuanya dari pelbagai latar belakang termasuk pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan.
Tiada campur tangan politik dalam siasatan SPRM - Azam Baki
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki menegaskan integriti dan nama baik SPRM dalam menjalankan fungsinya akan terjejas sekiranya wujud campur tangan pihak tertentu.
Refleksi 2020: Tindakan atas Najib, Ku Nan cermin prestasi basmi rasuah lebih baik - Akhbar Satar
Ia sekali gus menjadikan 2020 tahun yang lebih baik dalam konteks pembasmian rasuah, kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.
Perbicaraan kes bunuh CEO Cradle Fund bermula hari ini
Perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, bermula kira-kira jam 9 pagi.
Isteri VVIP tak beli berlian merah jambu
Ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barang kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Perbicaraan kes Najib bermula hari ini
Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu-tunggu ini, akan dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 2 petang.