MDGM arah henti kerja tanah di Lojing Highlands serta-merta

Arahan berkuat kuasa pada Ahad hingga 31 Disember ini. - Gambar hiasan.
GUA MUSANG: Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) mengarahkan semua aktiviti kerja-kerja tanah bagi pembangunan di Lojing Highlands di sini diarahkan dihentikan sementara berkuat kuasa pada Ahad hingga 31 Disember ini.
Menurut kenyataan media MDGM, arahan itu dikeluarkan setelah mengambil kira faktor cuaca tidak menentu, taburan hujan yang tinggi serta risiko kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan terlibat.
"Semua pemaju dan kontraktor hendaklah mematuhi arahan ini dan memastikan langkah keselamatan cerun diambil.
"Sebarang kerja remedial atau berkaitan perlulah mendapat kelulusan jabatan teknikal terlebih dahulu," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan beberapa kawasan di Kelantan mula ditenggelami banjir sejak Sabtu susulan hujan lebat tanpa henti. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


