awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KBS tunggu laporan terperinci sebelum keluar kenyataan berkaitan isu FAM
Kemampuan pelaburan ASEAN bergantung kepada ekosistem rantaian bekalan bersepadu - ASCC
Galeri Arkeologi Guar Kepah perkukuh pelancongan prasejarah di wilayah NCER
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MDGM gempur haiwan rayau, empat 'hotspot' jadi fokus operasi

Bernama
Bernama
28/09/2025
09:19 MYT
MDGM gempur haiwan rayau, empat 'hotspot' jadi fokus operasi
Operasi itu dilaksanakan bagi mengekang risiko kemalangan jalan raya akibat haiwan berkeliaran di jalan utama dan kawasan Felda. - Gambar hiasan/Bernama
GUA MUSANG: Empat lokasi utama di daerah ini dikenal pasti sebagai hotspot atau lokasi panas punca kemalangan jalan raya melibatkan haiwan ternakan, mendorong Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) melancarkan Ops Haiwan Rayau secara berterusan.
Yang Dipertua MDGM Mohd Roshdi Ismail berkata empat lokasi itu adalah di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Felda Chiku 3, Jalan Felda Chiku 5 dan Felda Chiku 7.
Beliau berkata operasi itu dilaksanakan bagi mengekang risiko kemalangan jalan raya akibat haiwan berkeliaran di jalan utama dan kawasan Felda.
"Sejak Januari hingga September, sebanyak 19 ekor haiwan berjaya ditangkap, iaitu 15 ekor lembu dan empat ekor kambing. MDGM memandang serius aduan pengguna jalan raya. Selain operasi, hebahan di surau dan masjid turut dibuat untuk mengingatkan penternak agar tidak membiarkan haiwan mereka berkeliaran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Roshdi berkata pemilik ternakan yang ingkar boleh dikompaun hingga RM1,000 manakala denda mahkamah boleh mencecah RM2,000 atau penjara hingga setahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata sebanyak 201 kemalangan melibatkan haiwan direkodkan di daerah itu setakat ini, termasuk satu kes kemalangan maut.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 131 kes membabitkan haiwan ternakan, manakala 119 kemalangan berlaku di lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot Ops Haiwan Rayau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi
#haiwan rayau
#mdgm
#Gua Musang
#risiko kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan