Hujan lebat pada lewat Rabu telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa lokasi di Lembah Klang.

Ramai mangsa banjir yang terjejas mengambil kesempatan media sosial, 'Facebook' dan 'Twitter' untuk menyebarkan informasi dan perkembangan banjir selain memuat naik gambar-gambar banjir berkenaan.


Pengguna twitter Hamba Faisal Raof menyifatkan banjir semalam adalah yang paling teruk melanda kawasan Universiti Malaya.

Kevin Tourino pula mengaku terpaksa menjamu selera di restoran Mcdonald's dalam keadaan banjir.

Ajun Anhreaz telah memuat naik gambar di mana air hujan telah naik ke paras lutut seorang penunggang motosikal.

Liyana Ferdaus pula telah mengambil gambar sebatang pokok tumbang akibat banjir hadapan Dewan Komuniti TTDI.

Manakala di Facebook pula, kebanyakkan pengguna berkata banyak khemah dan bendera parti-parti politik yang didirikan sempena musim pilihan raya, musnah akibat hujan lebat.

Ada juga calon pilihan raya yang mengambil kesempatan membuat tinjauan sambil berkempen di kawasan pilihan raya.

ibarat kata pepatah "sambil menyelam minum air".