KUALA LUMPUR: Media tempatan dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM2 bilion daripada jumlah RM4.5 bilion hasil iklan tahunan kepada tiga gergasi media sosial iaitu Meta, Google dan TikTok.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan merupakan antara cabaran terbesar dan serius dihadapi organisasi media di negara ini.
Beliau berkata kementerian memandang serius isu berkenaan yang perlu diperincikan dan diberikan penekanan memandangkan ketika ini hasil daripada iklan hanya dibayar kepada syarikat penyedia platform media sosial dan bukannya kepada organisasi media.
"Saya lihat perlu ada keseimbangan, supaya ada sedikit pulangan kepada syarikat media ... (perkara) ini masih dalam perbincangan dan saya percaya semua pihak boleh dibawa ke meja rundingan supaya satu suasana yang kondusif dapat dilaksana dan direalisasikan.
"Kita boleh aplikasikan tentang bagaimana kita menguruskan isu berkaitan pelaksanaan 5G sebelum ini yang saya berupaya untuk jemput semua syarikat telekomunikasi duduk berbincang dan akhirnya semua setuju, jadi cara pengurusan itu boleh digunakan dalam ikhtiar selesaikan isu perbelanjaan pengiklanan ini," katanya.
Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian 'Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption' anjuran Institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD) di sini hari ini.
Beliau pada masa sama berharap platform media sosial akan mengadakan banyak sesi libat urus dengan organisasi media untuk membantu mereka menggunakan platform media sosial dengan berkesan dan cekap.
Ditanya mengenai kekosongan jawatan Ketua Pengarah di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) ketika ini, Fahmi berkata berkata beliau akan bertemu pengurusan jabatan itu hari ini, antara lain bagi membincangkan mengenai pelantikan baharu mengisi jawatan itu secepat mungkin.
Beliau berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mendapatkan maklumat lanjut sama ada jabatan berkenaan sudah ada pengganti Ketua Pengarah baharu yang dipilih ketika di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), memandangkan J-KOM baru sahaja dipindahkan ke Kementerian Komunikasi berkuat kuasa semalam.
"Sebelum ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pernah sebut ada pengganti telah dikenal pasti, namun dari segi pentadbirannya sama ada telah berkuat kuasa atau belum itu akan dipastikan dalam perjumpaan hari ini. Tiada tarikh akhir tapi pelantikan ini (Ketua Pengarah J-KOM) akan dibuat sesegera mungkin kerana ia penting, berikan saya sedikit masa," katanya
Ditanya sama ada pelantikan Ketua Pengarah J-KOM baharu adalah dalam kalangan penjawat awam atau lantikan luar, Fahmi berkata beliau belum mengetahuinya dan perkara itu akan dibincangkan sewaktu perjumpaan hari ini.
Pada 15 Nov lepas, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri, hanya sembilan bulan selepas dilantik menerajui jabatan itu pada 2 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan merupakan antara cabaran terbesar dan serius dihadapi organisasi media di negara ini. - Foto Bernama
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
MPI digesa bangunkan modul khusus AI kepada industri media
Kementerian Komunikasi meminta agar satu modul khusus untuk penggunaan kecerdasan buatan atau AI dibangunkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi memanfaatkan industri media tanah air.
Media tempatan rugi RM2 bilion hasil iklan tahunan kepada Meta, Google dan TikTok - Fahmi
Media tempatan mengalami kerugian kira-kira RM2 bilion hasil iklan tahunan kepada tiga gergasi media sosial iaitu Meta, Google dan TikTok.