awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mejar Zaidi dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2015
08:40 MYT
Mejar Zaidi dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera
Mejar Zaidi Ahmad telah dijatuhkan hukuman ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta ekoran didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal - Foto Fail Bernama
Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad telah dijatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.
Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota yang terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Dalam satu laporan Berita Harian, Saadon berkata tindakan Zaidi berdiam diri ketika dipanggil membela diri sudah cukup untuk mensabit kesalahannya.
Zaidi dilaporkan menuturkan ‘jumpa nanti di mahkamah Allah’, selepas mahkamah rayuan membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan.
Zaidi dilaporkan bercakap tanpa henti dan mahkamah terpaksa mencelah dan menyuruhnya berhenti bercakap dan menghormati mahkamah.
"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Mei tahun sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa telah melanggar para 13 Perintah Majlis Angkatan Tentera (Permat) no. 13 1961.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
Panel hakim itu melepas dan membebaskan Zaidi daripada lima pertuduhan lain setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Topic Berkaitan
#Saadon Hassan
#Zaidi Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan