awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mek Belebar' kembali ke habitat asal

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
08/07/2022
02:10 MYT
'Mek Belebar' kembali ke habitat asal
Harimau kumbang betina telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang di lokasi tangkapan di Kampung Belebar, Kuala Tahan, Jerantut. - Foto ihsan Jabatan Perhilitan
JERANTUT: Seekor harimau kumbang betina yang dikenali sebagai 'Mek Belebar' berjaya dilepaskan ke habitat asal di Kampung Belebar, Kuala Tahan dekat sini.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia berkata, operasi menangkap harimau kumbang seberat 25.5 kilogram itu telah dilakukan pada 2 Julai lalu hasil maklumat yang diperoleh daripada penduduk kampung.
"Penduduk kampung telah memaklumkan seekor harimau kumbang telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang di lokasi tangkapan.
"Susulan daripada itu operasi translokasi telah dilakukan melibatkan kakitangan daripada Bahagian Konservasi Ex-situ Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhilitan Daerah Jerantut, Jabatan Perhilitan Daerah Temerloh, Taman Negara Pahang dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak," katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan kesihatan ke atas 'Mek Belebar' menunjukkan ia berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.
Ujarnya lagi, harimau kumbang terbabit telah selamat dipindahkan ke habitat yang sesuai pada hari yang sama operasi tangkapan dijalankan.
Topic Berkaitan
#harimau kumbang
#Perhilitan
#Mek Belebar
#habitat asal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan