awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik tidak mengaku bersalah dera anak tiri

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2012
22:24 MYT
Mekanik tidak mengaku bersalah dera anak tiri
Mahkamah Majistret Klang tidak membenarkan ikat jamin terhadap seorang mekanik yang dituduh mendera anak tirinya berumur tiga tahun demi keselamatan mangsa yang tinggal bersama tertuduh.
Majistret Suhaima Mohd Noor kemudian menetapkan 15 Jan depan untuk sebutan semula kes ke atas T Rajasegaran, 32, dari Kapar yang mengaku tidak bersalah menganiaya kanak-kanak lelaki itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Kapar, kira-kira 12.30 tengah hari pada September lepas.
Kes itu adalah rentetan kejadian dera terhadap mangsa menggunakan senduk nasi dan acuan maruku, yang disebarkan melalui laman Facebook baru-baru ini.
Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin @ Baharum yang mengendalikan pendakwaan membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh atas alasan mangsa tinggal bersama lelaki itu.
Rajasegaran yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah membenarkannya diikat jamin atas alasan dia menanggung dua orang isteri yang tidak bekerja serta empat anak berumur antara lima tahun ke lapan bulan.
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
#majistret
#mekanik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan