awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan

Bernama
Bernama
10/02/2026
08:15 MYT
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa menerusi pengenalan Mekanisme SPENT dalam pindaan Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7) bagi memberi peluang kedua kepada bekas banduan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mekanisme berkenaan membolehkan pengecualian terhadap rekod jenayah tertentu selepas individu terbabit melalui tempoh bebas jenayah atau crime-free period.
Beliau berkata pengecualian terhadap rekod jenayah itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan dan jenis kesalahan yang dilakukan.
"Mekanisme peluang kedua (SPENT) ini dirangka dengan mengambil kira beberapa amalan terbaik antarabangsa sebagai penanda aras, termasuk di United Kingdom, Singapura, Brunei dan Australia.
"Maknanya, dia telah disabitkan, kemudian dia merayu, ditolak, habis semua proses itu. Maka kita masukkan nama dia dalam daftar. Setelah selesai menjalani hukuman atau membayar denda serta tidak mengulangi kesalahan dalam tempoh munasabah, individu itu boleh dianggap tidak mempunyai rekod jenayah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung cadangan kementerian untuk menghapuskan rekod bekas banduan bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan.
Saifuddin Nasution berkata menerusi Mekanisme SPENT atau nyahaktif rekod, individu yang telah selesai menjalani hukuman dan tidak mengulangi jenayah akan dipertimbangkan sebagai tidak mempunyai rekod jenayah aktif, kecuali bagi kesalahan serius.
Beliau berkata Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan pindaan itu pada 21 Mei tahun lepas, sekali gus memberi mandat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memulakan proses pindaan perundangan.
"Cadangan ini kini berada di peringkat semakan Jabatan Peguam Negara dan saya bercadang membentangkannya pada sesi Parlimen tahun ini," katanya.
Menjawab soalan tambahan Roslan mengenai stigma masyarakat terhadap bekas banduan, Saifuddin Nasution berkata perkara itu memerlukan komitmen bersama termasuk peranan majikan dan komuniti.
Beliau berkata sokongan berterusan kerajaan tetap disalurkan melalui program pemulihan, latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Setakat ini, sebanyak 2.6 juta individu direkodkan di bawah Akta 7 sejak 1969 dengan hampir separuh daripadanya melibatkan sabitan berkaitan kesalahan dadah, termasuk di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata sebelum pindaan akta itu dilaksanakan, kerajaan melalui Jabatan Penjara Malaysia telah pun memulakan inisiatif pemberian peluang kedua menerusi program pemulihan dalam komuniti.
Sambil memberi contoh bagi banduan yang terlibat dengan kesalahan kecil, beliau berkata mereka kini berpeluang menjalani satu pertiga tempoh hukuman di dalam penjara manakala baki tempoh dua per tiga dijalankan di luar.
"Kita sediakan tempat, peluang pekerjaan dan kita latih mereka dengan latihan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional). Setakat ini kita mempunyai enam pusat di luar, antaranya di Pantai Merdeka yang menempatkan 250 orang.
"Hasilnya, bagi setiap 800 orang yang kita bebaskan, hanya seorang sahaja kembali ke penjara. Ini adalah satu cerita kejayaan walaupun akta ini belum lagi dipinda," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Mekanisme SPENT
#pindaan akta
#peluang kedua banduan
#Saifuddin Nasution
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan