awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEKAR: KPPN Turun padang serah MyKad gantian OKU sindrom down

Bernama
Bernama
02/03/2025
13:00 MYT
MEKAR: KPPN Turun padang serah MyKad gantian OKU sindrom down
MEKAR merupakan program turun padang membabitkan pengeluarkan dokumen pengenalan diri kepada golongan OKU, warga emas, pesakit terlantar dan penduduk di kawasan pedalaman. - Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Ramadan buat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down di Kampung Mak Kemas, Marang kali ini menjadi lebih bermakna apabila memperoleh kad pengenalan (MyKad) gantian hari ini.
Muhammad Faisal Hilmi Hasin, 25, menerima dokumen itu daripada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (KPPN) Badrul Hisham Alias yang datang ke rumahnya menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR).
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu dalam kenyataan memaklumkan permohonan MyKad lelaki itu dipermudahkan oleh pasukan MEKAR JPN Terengganu yang turun ke lapangan bagi melengkapkan permohonan.
"Selain OKU Sindrom Down, Muhammad Faisal Hilmi juga menghidap pelbagai penyakit kronik yang lain. Hari ini, JPN turut menyerahkan sumbangan kotak makanan kepada keluarganya," menurut kenyataan itu.
Dengan slogan 'Rakyat Dihati JPN', MEKAR merupakan program turun padang membabitkan pengeluarkan dokumen pengenalan diri kepada golongan OKU, warga emas, pesakit terlantar dan penduduk di kawasan pedalaman.
"Ini adalah usaha proaktif JPN bagi memastikan penduduk Malaysia yang layak dikeluarkan dokumen pengenalan diri yang sah, sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan ditawarkan kerajaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#warga emas
#mykad
#penyakit kronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan