awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka anjur Himpunan Komuniti Astronomi sempena fenomena gerhana bulan penuh Ahad ini

Bernama
Bernama
05/09/2025
14:00 MYT
Melaka anjur Himpunan Komuniti Astronomi sempena fenomena gerhana bulan penuh Ahad ini
Rahmad berkata program bermula 11 malam itu dijangka berakhir pada 3.30 pagi. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Jabatan Mufti Melaka akan menganjurkan Himpunan Komuniti Astronomi sempena fenomena gerhana bulan penuh atau blood moon, Ahad ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata program bermula 11 malam itu dijangka berakhir pada 3.30 pagi.
"Gerhana bulan dijangka berlaku pada 1.30 pagi, 8 Sept dan ia merupakan sebahagian daripada program sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat Melaka bertemakan "Membangun Ummah MADANI".
"Pada malam itu juga, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil akan memyampaikan khutbah gerhana selain solat sunat gerhana," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1447H/ 2025M di Pusat Islam Melaka, Bukit Palah di sini hari ini.
Terdahulu, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam mengetuai perarakan melibatkan 6,227 peserta sempena sambutan berkenaan yang diadakan di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit.
Sebanyak 114 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) berarak sejauh kira-kira 4 kilometer menuju Pusat Islam Melaka di Bukit Palah melalui Jalan Bukit Piatu dan Jalan Bukit Baru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#Gerhana bulan penuh
#agensi kerajaan
#Himpunan Komuniti Astronomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan