awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa

Bernama
Bernama
19/05/2024
21:15 MYT
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Ab Rauf berkata kerajaan negeri berjaya memperoleh kelulusan peruntukan RM300,000 daripada KBS untuk merealisasikan pembinaan litar berkenaan selepas cadangan tersebut diusahakan sejak tahun lepas. - Foto Facebook/Ab Rauf Yusoh
ALOR GAJAH: Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri berjaya memperoleh kelulusan peruntukan RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk merealisasikan pembinaan litar berkenaan selepas cadangan tersebut diusahakan sejak tahun lepas.
Beliau berkata Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka telah menjalankan kajian dan mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk pelaksanaan projek tersebut.
"Pada masa ini kita juga sedang mencari penaja-penaja untuk terlibat dalam projek ini dan litar itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan," katanya selepas merasmikan Kejohanan Kereta Kawalan Jauh Piala Ketua Menteri Melaka di sini pada Ahad.
Menurutnya litar tersebut juga bakal menjadi pusat latihan buat peminat sukan berkenaan selain mampu merancakkan industri pelancongan di Pantai Tanjung Bidara.
Ab Rauf berkata kerajaan negeri turut bercadang membangunkan pusat kenderaan rekreasi (RV) berhampiran lokasi berkenaan serta berusaha menaik taraf kemudahan termasuk gerai-gerai di sekitar kawasan pantai peranginan itu untuk menarik kedatangan pelancong.
"Dengan adanya pelbagai kemudahan di situ, ia pastinya dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Pantai Tanjung Bidara pada masa akan datang dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi penduduk setempat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta kawalan jauh
#KBS
#pusat latihan
#pantai peranginan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan