awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka benarkan ibadah korban dengan SOP ketat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/06/2021
08:14 MYT
Melaka benarkan ibadah korban dengan SOP ketat
Haiwan ternakan yang dibenarkan ialah lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang menepati syarat korban dengan bilangan haiwan ternakan yang dibenarkan sebanyak lima ekor lembu dan 10 ekor kambing sehari. - Gambar hiasan
BUKIT PALAH: Kerajaan Negeri Melaka membenarkan pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini, kecuali di kawasan yang diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa negeri atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau berkata, ibadah korban ini hanya boleh dilaksana di lokasi yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Ia termasuk rumah sembelihan swasta dan masjid serta surau yang mempunyai kawasan lapang, dengan kelulusan DVS.
Manakala haiwan ternakan yang dibenarkan ialah lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang menepati syarat korban dengan bilangan haiwan ternakan yang dibenarkan sebanyak lima ekor lembu dan 10 ekor kambing sehari.
Katanya, waktu penyembelihan adalah pada 20 Julai selepas solat sunat Aidiladha sehingga 6 petang dan 21 hingga 23 Julai pada 7 pagi hingga 6 petang.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Bukit Palah di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut ujarnya, bagi pengagihan daging korban pula, perlu dibuat melalui penghantaran secara langsung dari rumah ke rumah oleh petugas sahaja yang dihadkan kepada hanya 25 petugas dalam satu masa.
Tambahnya, pelaksanaan ibadah korban ini hendaklah dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Ibadah Korban
#Majlis Agama Islam Melaka
#Aidiladha
#MAM
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#MKN
#Kementerian Kesihatan
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan