WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) didakwa telah mengarahkan 70 kapal komersial menukar haluan sebagai sebahagian daripada usaha menguatkuasakan sekatan laut terhadap pelabuhan Iran, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) pada Khamis.
“Setakat hari ini, pasukan CENTCOM telah mengarahkan 70 kapal komersial menukar haluan dan melumpuhkan empat lagi bagi memastikan pematuhan terhadap sekatan AS ke atas Iran,” menurut kenyataan markas itu di platform X.
CENTCOM turut memaklumkan bahawa tentera AS membenarkan 15 kapal yang membawa bantuan kemanusiaan melalui laluan berkenaan.
A Sea Hawk helicopter assigned to Helicopter Maritime Strike Squadron 50 lands on the flight deck of USS Truxtun (DDG 103) as the ship transits the Arabian Sea and supports the U.S. blockade against Iran.
As of today, CENTCOM forces have redirected 70 commercial vessels and… pic.twitter.com/rXlP5RlIoW— U.S. Central Command (@CENTCOM) May 14, 2026
Pada 13 April, Tentera Laut AS mula menyekat semua trafik maritim yang keluar dan masuk dari pelabuhan Iran di kedua-dua belah Selat Hormuz.
Washington menegaskan bahawa kapal bukan Iran bebas belayar melalui laluan air itu selagi tidak membayar tol kepada Tehran.
Pihak berkuasa Iran belum mengumumkan pelaksanaan tol, namun telah membincangkan rancangan berkenaan.
Pada 3 Mei, Presiden AS Donald Trump mengumumkan Projek Freedom bagi membantu kapal yang terkandas di Selat Hormuz dan mahu keluar dari kawasan itu.
Dua hari kemudian, Trump menangguhkan operasi berkenaan untuk melihat sama ada perjanjian damai dengan Iran dapat dicapai.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI